XPDC Kita Peng Yu terus mengulangi pencapaian cemerlang dengan rekod persembahan awam terbanyak sepanjang tahun 2024.
Sebanyak 51 ‘show’ dilakukan mereka pada tahun ini yang kebanyakannya di festival-festival awam, karnival-karnival makanan dan fiesta-fiesta setempat seluruh pelusuk Malaysia. Secara purata, mereka mendapat jemputan dan undangan sekitar 4 show’ sebulan atau seminggu sekali.
Berikut ialah senarai persembahan awam yang telah dilakukan tahun 2024:
8/1 Temerloh
20/1 Lotus Semenyih
11/2 Kuala Pilah
17/2 Segamat
25/2 Sg Korok Jitra
1/3 Ipoh
2/3 Bayan Baru, Penang
18/5 Dataran Merdeka, KL
21/5 Tasik Titiwangsa KL
24/5 Jertih, Teganu
1/6 Kuantan
2/6 Pasir Gudang, Johor
21/6 Tebing Bandar Dato Onn JB
22/6 KL Base
29/6 Seberang Perai
5/7 Pantai NDO, Tumpat Kelate
13/7 Teluk Intan
19/7 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan
26/7 Pantai Cahaya Bulan, Kelate
18/8 Kuala Selangor
23/8 Jerantut
24/8 Dungun
26/8 Pontian
31/8 Ipoh
1/9 Seberang Jaya
6/9 Kerteh, Teganu
7/9 Plaza Angsana JB
13/9 Segamat
18/9 Maeps Serdang
20/9 Lumut
21/9 Toppen JB
22/9 Kuala Rompin, Pahang
29/9 Jengka
6/10 Ipoh
12/10 Lotus Semenyih
13/10 Kuala Lipis
19/10 Felda Palong, NS
1/11 Meow Garden, Tambun Ipoh
2/11 Bertam, Penang
9/11 Pontian
17/11 Jerantut
30/11 Perling Mall JB
1/12 Bestari Jaya, Ijok, Selangor
7/12 Lotus Kajang
20/12 Setia Alam, Selangor
21/12 Kota Tinggi
24/12 Kulim
27/12 Pontian
28/12 Batu Pahat
29/12 Sendayan NS
30/12 Taiping
Untuk rekod XPDC KPY ialah band terakhir yang diilhamkan oleh arwah Mael daripada serpihan XPDC asal yang mana 2 anggota asal XPDC kini berada dalam unit Peng Yu iaitu Zuar (bass) dan Amy (drum). Gitaris Jef (Giegel, Malaikat Maut) direkrut oleh arwah Mael pada tahun 2015 penubuhan Kita Peng Yu dan setelah kematian beliau pada tahun 2023, Ary masuk sebagai vokalis meneruskan legasi yang telah dibina.
Sesuatu yang menarik, mereka mencatat rekod yang mungkin sukar ditandingi dengan 10 ‘show’ dalam tempoh 30 hari sepanjang bulan Disember manakala akan beraksi 4 hari berturut-turut hujung tahun 2024 di Pontian (27/12), Batu Pahat (28/12), Sendayan, NS (29/12) dan Taiping (30/12) !
Mungkin ada yang mempertikaikan persembahan terbuka bukan ukuran sebenar berbanding penganjuran konsert berbayar, namun kehadiran dan kemeriahan yang dibawa oleh mereka itulah yang memberi kelebihan dengan sokongan peminat-peminat nostalgik mereka. Selain itu, imej XPDC Peng Yu yang serba ‘sempoi’ tanpa mengira status artis juga menjadi pilihan orang ramai.
Walaupun terpalat dengan isu band ‘cetak rompak’, ia tidak menghalang kemaraan Kita Peng Yu kerana para peminat seni lebih mengetahui yang mana sebenar ‘real’, asli dan tulen.
https://vt.tiktok.com/ZS6hFNhNb/
Bagaimana XPDC Kita Peng Yu dapat membuat pencapaian yang prolifik dan meneruskan legasi ini berasaskan 3 faktor:
1. Menyumbang ekosistem peniaga festival dan karnival
Menurut sumber, setiap kali kehadiran XPDC Kita Peng Yu jumlah pengunjung akan bertambah secara mendadak dan turut memberi jualan kepada para peniaga tempatan. Para peminat setia mereka akan turun beramai-ramai memeriahkan sebagai satu unit keluarga rockers seperti Rockers Utara, Lembah Kelang, Rockers Selatan dan Jaybee Rockers.
2. Menyumbang ekosistem persenbahan muzikal awam
Kehadiran XPDC Kita Peng Yu membuktikan persembahan muzikal awam adalah elemen rekreasi kemasyarakatan yang penting untuk pembangunan sosial.
3. Tradisi band Funfair
Perlu diingat, XPDC bergerak dari medan funfair oleh itu tidak hairanlah, mereka masih aktif mengekalkan tradisi bermain show di serata tanahair sehingga hari ini. Mereka membawa simbol ‘Raja Funfair’ iaitu legasi unik mereka sejak tahun 90-an.
XPDC Kita Peng Yu dijangka akan mengeluarkan ‘single’ terbaru tahun depan sebagai sajian terbaru kepada peminat-peminat.
#ChivasAlexandria