The Jansen, Kau Pameran Utama di Opera Tapau Fest 2023

oleh Music Addicts Malaysia
844 bacaan

Artikel sumbangan: Wan Ahmad Syakir


Teka teki mengenai official lineup di Tapau Fest 2023 akhirnya terungkai. Pengumuman ini diumumkan sendiri oleh pengasas Tapau Fest, Ahmad Faris di live Instagram mereka pada 3 Ogos lepas. Acara kali ini masih mengekalkan jumlah bila ngan 12 performers dari empat buah negara rantau Asia iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand. Lokasi pilihan juga masih sama seperti edisi lepas iaitu bertempat di Resort Tasik Raban, Lenggong dan berlangsung selama dua hari.

Paling mencuri perhatian pastinya pengumuman kehadiran The Jansen yang sudah tentunya menggembirakan seluruh anak skena di negara ini. Jika sebelum ini, peminat The Jansen perlu terbang ke Indonesia untuk melihat band kegemaran mereka beraksi, kali ini The Jansen hadir sendiri menemui peminatnya di Malaysia. Peluang ini seharusnya tidak dilepaskan oleh semua.

Untuk yang kurang mengenali band ini, The Jansen adalah sebuah band punk-rock yang berasal dari Kota Bogor,Indonesia. Band ini muziknya banyak dipengaruhi oleh-oleh band-band punk Barat yang terkenal seperti Ramones, The Undertones dan The Buzzczocks. Muzik bersifat segar inilah yang membuatkan peminatnya bagaikan dicandu setiap kali mendengar lagu-lagu mereka diputarkan.

Di Indonesia, band The Jansen ini tidak asing lagi. Rata-rata peminatnya mengetahui bahawa band ini memiliki energi yang luar biasa ketika di atas pentas. The Jansen juga sering dilabel sebagai band yang “gila-gila” untuk stage act. Jika kita memiliki Iqbal M di Malaysia yang suka berkelakuan aneh-aneh di atas pentas, di Indonesia The Jansen adalah entitinya. Siapa sahaja yang menyaksikan mereka secara langsung pasti tidak akan bosan dan terhibur dengan gelagat band ini. Seluruh anggota band ini semuanya masuk air. Asyikkk!

Album Banal Semakin Binal yang dikeluarkan pada tahun 2022 benar-benar menaikkan imej sebenar The Jansen. Lagu-lagu hits di dalam album ini seperti Langit Tak Seharusnya Biru, Mereguk Anti Depresen Lagi, Ku Bukan Mesin Lotremu, Dua Bilah Mata Pedang dan 7456 pastinya diharapkan oleh peminat di Malaysia agar tersenarai dalam setlist mereka untuk dibawa di festival kali ini.

Lagu-lagu mereka juga sering kedengaran di media-media sosial di Malaysia seperti TikTok dan Instagram yang dijadikan  sound bagi content-content peminat mereka. Ini sudah cukup menandakan mereka mempunyai kelompok besar peminat di negara ini. The Jansen, Kau Pameran Utama di Sebuah Opera!

Festival ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pemuzik yang memiliki nama nama besar yang lain seperti Nadin Amizah, Bayangan, Lomba Sihir, Force Vomit, Mascot, Ali, Wobbebong, Jemson, Muck dan Zee Avi. Lebih unik, buat julung kalinya, Door Plant bakal menjadi artis Thailand yang pertama menyertai festival di Malaysia. Ini amat bertepatan dengan objektif utama festival ini, #SerumpunBerpesta.

Sekalung tahniah kepada Ahmad Faris dan team kerana berjaya mengetengahkan idea bernas ini kepada umum. Kepada semua anak skena peminat The Jansen dan peminat-peminat pemuzik yang lain, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket ke festival ini yang akan berlangsung pada 7 & 8 Ogos 2023. Tiket akan mula dijual pada 5 Ogos 2023 (11am) di laman sesawang rasmi tapaufest.asia.

Ayuh, kita ronjang itu Tasek Raban. Jumpa di sana.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅