Trankuiliti Bumi Kenyalang

oleh Rahmat Mohd Did
1.4K bacaan

Ratu sape Bumi Kenyalang, Alena Murang sekali lagi hadir dengan sebuah trankuiliti mengasyikkan berjudul Meno’ di saluran YouTubenya pada 29 Januari 2020.

Walau sudah terkenal di serata dunia, gadis kacukan Kelabit-Itali ini kekar dengan jati diri yang tidak terkalahkan. Hampir kesemua gerak-geri dan hasil seninya berkisar tentang kampung halaman dan keindahan Bumi Kenyalang, tempat lahirnya.

Menurut beliau, idea dan inspirasi pembikinan muzik video ini datang ketika beliau terkenangkan masa-masa lalu iaitu ketika nenek moyangnya melakukan perjalanan jauh dari kawasan tanah tinggi ke Miri untuk berdagang dan berniaga.

“Pada masa itu, mereka akan menyanyikan ‘Belian Meno’, dalam bahasa Kenyah (yang bermaksud) kerinduan, memikirkan sesuatu atau seseorang yang tidak ada.”

Tambahnya lagi, mereka terpaksa melalui perjalanan yang panjang dan penuh liku seperti melalui kawasan hutan belantara menggunakan perahu, tidur di rumah panjang dan hutan.

“Sejak kebelakangan ini, saya sering melakukan perjalanan ke luar negara. Saya akan menyanyikan lagu ini di atas pentas, dan memikirkan betapa rindunya saya pada kampung halaman,”

Jelas Alena yang pernah beraksi di pelbagai festival, seperti World Music Festival di Norway dan OzAsia Festival di Australia.

“Saya sekarang menetap di Kuala Lumpur dan sejak tahun lepas, saya tidak dapat pulang ke kampung halaman. Saya tidak menyangka ia akan memberi impak yang besar kepada saya.

“(Sebelum ini) saya pulang ke kampung dua kali setahun untuk bertemu dengan keluarga, kembali ke tempat asal dan melakukan kajian.

“Saya sangat merinduinya dan tidak sabar untuk balik. Tetapi buat masa sekarang, kita semua harus bertahan agar selamat dari virus (COVID-19).”

Ujar Alena lagi, muzik video istimewa ini disunting oleh pembuat filem berbangsa Kelabit yang berpangkalan di Sabah, Candy Yik.

“Suntingan melibatkan visual jalan, kampung, panorama di sepanjang sungai Ulu Baram.”

Rakaman muzik video ini turut mendapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dan menjadi sebahagian daripada projek ‘Roads to out heritage’ bersama Dayak Cultural Foundation.

Ikuti Alena Murang di:

Facebook

Instagram

YouTube

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅