Tuah Mamat Kampung Indo Dapat Set Drum Percuma Dari Mike Portnoy (Dream Theater)

oleh Chiv Iscandar
1.3K bacaan

‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah drummer nampak di drum set yang dipukulnya’…

Begitulah yang terjadi kepada seorang pemuda Indonesia, Deden Noy apabila video YouTubenya memainkan lagu kumpulan Dream Theater dengan menggunakan set drum daripada bahan-bahan terpakai seperti tin cat, tin milo dan tong sampah telah mendapat perhatian drummer lagenda band tersohor itu, Mike Portnoy.

Dalam video itu, Deden memainkan lagu Dream Theater iaitu ‘Metropolis Pt 1’ yang dipetik daripada album ‘Images and Words’ (1992) dengan stroke, gaya hayunan dan tempo dan yang sama dengan Mike.

Menurut cerita, Mike Portnoy telah menerima beribu-ribu mesej dan DMs daripada peminatnya untuk pergi menonton seorang drummer kampung dari Indonesia yang memainkan lagunya dengan tong Milo.

Pada mulanya Mike buat tak endah tapi setelah bilangan mesej yang diterimanya sangat luar biasa, beliau memetik klip dan apabila menontonnya, Mike terus menjerit, “Holy lembu!! Budak ni memang berbakat luar biasa…. Aku amat tersentuh dengan kebolehan dia bermain drum dengan homekit sendiri”.

Mike juga mengakui orang-orang Indonesia kebanyakannya amat berbakat dan fanbase mereka juga banyak dari sana. Bagi Deden, Mike telah membuat tajaan dan bekerjasama dengan pengeluar drum terkemuka, Tama dan Sabian untuk membuat penghantaran kepada Deden.

Dalam saluran YouTubenya itu, Deden menggunakan drumkit sendiri yang dibuat daripada bahan-bahan serbaguna dan terbuang yang menjadi snare, kick dan cymbal-cymbalnya untuk memainkan lagu-lagu daripada Avenged Sevenfold, Rush, System of A Down dan berbagai-bagai lagi. Beliau juga meletakkan nama-nama tertentu kepada bahagian-bahagian drumnya seperti Pasti (Paiste) dan Gajian.

Deden kini sedang menunggu set drum terbarunya yang akan dihantar ke rumah kampungnya di Bengkulu, Sumatera Indonesia. Beliau dikatakan seorang ayah dengan 2 cahaya mata dan setelah pandemik, beliau mula membuat video-video sejak pertengahan 2020 dengan drum buatannya sendiri itu.

Amat hebat apa yang muzik Rock dan Metal dapat lakukan, bukan??? Dan pengikut Metal dan muzik keras sentiasa ada di mana-mana tidak kira pelusuk dan benua di dunia.

Jadi kepada para youtuber dan aktivis muzik tempatan di luar sana, sebarkan ruang kreativiti dan inovasi karya mana tahu giliran anda pula mendapat tajaan set instrumen percuma daripada Rock Star-Rock Star antarabangsa!

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅