⭐⭐⭐⭐⭐
Have You In My Wilderness merupakan album keempat dari penyanyi Julia Holter yang dilancarkan pada 25 September 2015 melalui label Domino.
Jika di album-album sebelumnya Julia menepatkan fokus utama pada instrumental, kali ini dia lebih mengalihkan perhatian ke lirik dan memasukan pelbagai elemen-elemen seperti baroque pop, folk dan classical sehingga memberi kelainan serta keunikan tersendiri pada album ini.
Tema kecemasan, keresahan, kesunyian, harapan dan penyesalan masih menjadi topik-topik utama yang dibincangkan dan diutarakan dalam album ini. Julia mengungkapkan bahawa album ini merupakan album peribadi yang terlahir murni dari hasil pemikirannya.
Hasilnya, mesej yang hendak disampaikan terlaksanakan dengan penyajian susunan lagu yang rapi dan penulisan lirik yang bersifat abstrak serta pemilihan bahasa yang puitis dan penuh metafora.
Di lagu pertama, “Feel You” mempersembahkan perasaan manusia yang berasa keliru dan kesepian dengan kewujudan hubungan percintaan. Lagu ini memiliki nuansa balada dengan dentingan piano yang ceria serta menampilkan kualiti vokal yang lembut dengan nada tinggi.
Manakala “Everytime Boots” menceritakan tentang seorang perempuan yang berasa gembira setelah mendapatkan kebebasan. Trek ini mempunyai nuansa country pop dengan sentuhan bassline dan drum yang riang.
Secara keseluruhan, album ini menampilkan sentuhan pelbagai genre namun masih mengekalkan identiti tanpa kehilangan kualiti muzik. Julia bukan sahaja telah membuktikan kemampuannya sebagai penulis lagu, namun juga sebagai pemuzik dalam menciptakan sebuah karya yang jujur, berwibawa dan bermutu.
Senarai lagu:
1. Feel You
2. Silhouette
3. How Long?
4. Lucette Stranded on the Island
5. Sea Calls Me Home
6. Night Song
7. Everytime Boots
8. Betsy On The Roof
9. Vasquez
10.Have You in My Wilderness
#SaturnsPattern