𝐁𝐑𝐎𝐓𝐇𝐄𝐑𝐒 𝐈𝐍 𝐑𝐎𝐂𝐊 – Pasangan Gitaris Adik Beradik di Malaysia

oleh Fiq Irama
7.1K bacaan

Din dan Kid Search.

Sebuah band yang mana ahli-ahlinya mempunyai pertalian darah dikatakan mempunyai kimia yang berbeza berbanding biasa dan topik yang ingin dibincangkan kali ini adalah pasangan gitaris yang juga merupakan adik beradik. Di negara Barat, kumpulan besar seperti The Kinks, AC/DC, Dire Straits dan tidak kurang juga di era millenium ini kita diperkenalkan dengan Greta Van Fleet dan Kings Of Leon membariskan anggota yang dibesarkan bersama daripada kecil sehingga besar. Di Malaysia, ada tiga pasangan gitaris adik beradik yang menganggotai band-band hebat pada zaman rock kapak. Mereka adalah:

𝐊𝐢𝐝 & 𝐃𝐢𝐧 𝐒𝐞𝐚𝐫𝐜𝐡

Nama yang cukup besar di dalam kancah muzik rock Malaysia. Berbeza dengan dua pasangan lagi, kedua-dua nama ini mempunyai penghargaan individu di mana Kid merupakan salah seorang gitaris terbaik di Malaysia. Rata-rata peminat muzik rock akan mengatakan solo dalam lagu Isabella adalah gitar solo terbaik di Malaysia yang mana beliau sering menggunakan tremolo dalam permainannya. Manakala Din pula digelar King Of Rythym Malaysia. Walaupun posisinya sebagai gitaris kedua, beliaulah yang bertanggungjawab membawa lagu-lagu malar segar Search sejak album pertama. Tambahan pula mereka mempunyai seorang lagi ahli keluarga yang menganggotai band rock kapak iaitu Lomaq. Lomaq adalah adik kepada Din dan abang kepada Kid. Lomaq juga merupakan ahli asal kumpulan Mega, sebuah kumpulan yang juga tersenarai dalam artikel ini dan aktif bersama kumpulan Kris sehingga kini.

Nurul dan Shahrul Ekamatra.

 

𝐒𝐡𝐚𝐡𝐫𝐮𝐥 & 𝐍𝐮𝐫𝐮𝐥 𝐄𝐤𝐚𝐦𝐚𝐭𝐫𝐚

Ekamatra adalah kumpulan rock yang berasal dari Johor dan walaupun mereka hanya meriliskan satu album, kita diperkenalkan dengan anggotanya yang mantap dalam permainan instrumen masing-masing. Di antaranya adalah Shahrul, abang kepada gitaris kedua iaitu Nurul di mana mereka adalah anak kepada pemain gitar kumpulan D’Fictions pada tahun 60an. Ketika berusia belasan tahun, mereka telah menewaskan band-band yang dibarisi pemuzik jauh lebih dewasa ketika pertandingan Juara Rock Johor. Man Keedal sendiri berkata dalam satu temubual, “𝘌𝘬𝘢𝘮𝘢𝘵𝘳𝘢 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘣𝘶𝘢𝘩 𝘣𝘢𝘯𝘥 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘣𝘢𝘨𝘶𝘴, 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘱𝘦𝘳𝘢𝘯𝘫𝘢𝘵 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘨𝘪𝘵𝘢𝘳𝘪𝘴𝘯𝘺𝘢 𝘚𝘩𝘢𝘩𝘳𝘶𝘭. 𝘚𝘦𝘶𝘴𝘪𝘢 𝘣𝘦𝘭𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯, 𝘥𝘪𝘢 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘰𝘥𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘭𝘣𝘶𝘮 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘮𝘢𝘪𝘯𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘨𝘪𝘵𝘢𝘳𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘦𝘸𝘢𝘴𝘢.”

Dari kiri – Sam, Munir, Rahmat, Adie dan Mat.

 

𝗦𝗮𝗺 & 𝗔𝗱𝗶𝗲 𝗠𝗲𝗴𝗮

Jika Search dan Ekamatra mempunyai gitar utama dan kedua, lain pula ceritanya dengan kumpulan Mega. Mereka lebih selesa dengan permainan ‘twin lead’ gitar dan tiada istilah gitar kedua di dalam band ini. Pengaruh berat dari kumpulan Iron Maiden yang juga menggunakan ‘twin lead.’ Lagu sepeti Di Galeri Ini” dan Badai adalah contoh permainan hebat adik beradik ini. Selain itu, tugas solo gitar dibahagi sama rata dimana sentuhan Adie boleh didengari dalam lagu Bayangan Gurauan, Nina Karina, Takdir dan Waktu manakala Sam pula Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara dan Suara CInta.

Untuk pengetahuan pembaca, Exists menjadikan pasangan adik beradik ini sebagai pengaruh besar dalam permainan gitar mereka. Shah Slam yang merupakan bekas gitaris Exists sendiri mengeluarkan kenyataan ini dalam satu temubual.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅