𝙃𝙚𝙡𝙩𝙚𝙧 𝙎𝙠𝙚𝙡𝙩𝙚𝙧 – Lagu Heavy Metal Pertama Dunia?

oleh Fiq Irama
2.5K bacaan

Legasi Dalam Lagu-Lagu The Beatles – Bahagian 1

Topik berkisar siapa pemula genre heavy metal masih lagi menjadi perdebatan dalam kalangan peminat muzik di seluruh dunia. Ada yang mengatakan Black Sabbath, ada juga mengatakan Led Zeppelin dan tidak kurang juga menyebut Deep Purple.

Manakan tidak, ketiga-tiga band ini diberi jolokan The Unholy Trinity of Heavy Metal yang mana merekalah yang dikatakan benihnya.

Tetapi apa yang penulis nak sampaikan adalah LAGU atau RAKAMAN pertama heavy metal. Sebelum itu, penulis harus kreditkan kepada beberapa band lain pada penghujung tahun 60an yang mana mereka juga meriliskan lagu pada waktu yang sama ketika lagu Beatles ini dikeluarkan seperti Blue Cheer – Summertime Blues, Pink Floyd – Astronomy Domine, Steppenwolf – Born To Be Wild dan Jimi Hendrix – Purple Haze. Kesemua lagu ini boleh dikira sebagai benih lagu metal yang terawal. Ada beberapa lagu lagi sebenarnya tapi di antara kesemua lagu ini, Helter Skelter merupakan lagu yang dianggap oleh sejarawan muzik sebagai The heaviest song before Sabbath.

Lagu yang dipetik dari White Album ini diriliskan pada tahun 1968 di mana band-band seperti Led Zeppelin dan Black Sabbath masih lagi bermain konsert sebelum album pertama mereka dirilis tahun depannya. Beatles sudah pun jauh meninggalkan muzik pop dan lagu-lagu cinta seperti I Want To Hold Your Hand,Yesterday dan lain-lain pada awal kemunculan mereka. Asal-usul terciptanya lagu ini adalah dari minda Sir Paul McCartney.

Dipendekkan cerita, Paul terdengar kenyataan dari Pete Townshend (The Who) dalam satu segmen radio yang menyebut;

“The single from The Who which is I Can See For Miles is the dirtiest, heaviest song ever made.

Pete Townshend

Paul terasa tercabar, maka lahirlah lagu Helter Skelter di mana dalam lagu itu terkandung vokal dan jeritan yang serak, drum yang bingit serta riff gitar yang berat. Seperti dikatakan beberapa pengkritik muzik

The fiercest, most blistering track that paved the way for Heavy Metal.

Jadi, dari pendapat aku lagu ini bukanlah lagu yang mencetus genre heavy metal tetapi ia memainkan peranan penting dalam proses kelahiran genre tersebut. Ozzy Osbourne sendiri pernah berkata

Beatles made a huge impact to me. When I saw them at Ed Sullivan in 1964, i said to myself, thats it, I’m gonna become a musician.

Ozzy Osbourne

Kalau korang terus ke carian google dan menaip “first heavy metal song, boleh lihat sendiri hasil yang keluar. Rata-ratanya pasti mengatakan Helter Skelter.

Akhir kata, korang boleh kongsi pendapat di ruangan komen. Kepada yang belum pernah mendengar lagu Helter Skelter, boleh klik pada pautan YouTube di bawah:


Nota kaki: Lagu ini juga penyebab lahirnya sebuah kultus pembunuhan terkenal pada tahun 60/ 70an di US apabila Charles Manson dan pengikutnya membunuh isteri pengarah filem terkenal dan apabila ditanya kenapa menubuhkan kultus tersebut, beliau menjawab;

Helter Skelter is the song that tapped my spirit and soul, its like they were singing about us. I started the cult;

Charles Manson

Charles Manson ditangkap selepas pembunuhan.

Kisah ini juga telah banyak kali difilemkan. Contoh yang terbaharu ialah Once Upon A Time In Hollywood (2019) lakonan Brad Pitt dan Leonardo DiCaprio.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅