10 Perkara Paling Menarik Tentang Konsert Search Rooftop Campbell

oleh Chiv Iscandar
7.1K bacaan

Konsert Search Rockin’ On Rooftop memberi kesan mendalam kepada semua peminat yang hadir dan pengikut kumpulan Rock tersebut, bukan sahaja di Malaysia malahan Indonesia.

Berikut adalah 10 perkara paling menarik tentang konsert Search Rockin’ On Rooftop yng berlangsung Sabtu, 11 Jun lepas:

1. Denden ‘Lanjut’!

Antik vokalis baru Search, Denden yang membuatkan para penonton mengusik Denden dengan laungan ‘Lanjuuuut‘ apabila beliau sering mengucapkan ‘lanjut’ (sebenarnya yang dimaksudkan ialah ‘Teruskan’) setiap kali selesai 3-4 lagu pertama.

2. Gitar Berhantu Kid

Ini mungkin perkara yang menjadi igauan semua. Frekuensi gitar Kid dan solo berhantu beliau benar-benar menimbulkan aura Search pada malam itu. Dari segi lain, dampak jelas keikhlasan seorang pemain gitar yang mengeluarkan isi hati (dan sentuhan jari-jemarinya) demi kepuasan peminat.

3. Sound konsert yang setanding antarabangsa.
Kualiti sound yang sangat memuaskan memastikan semua orang berasa ‘enjoy’ dan terhibur. Apatah lagi, krew produksi terdiri daripada anak-anak muda tempatan, sekaligus membuktikan kemampuan mereka mengelolakan konsert dan festival muzik berskala besar.

4. Lagu-lagu ‘rare‘ dalam Setlist
Setlist lagu-lagu yang tidak dijangka oleh para hadirin menambah kehangatan konsert. Bagaimana kita boleh menjelaskan kehadiran lagu-lagu seperti Di Pintu Sepi, Bersalah Atau Tidak, Purnama, Rock & Roll Pie, Emanuelle, Neo Romantik dan lain-lain dalam katalog lagu…? Ini kegilaan serius! (Kelegendaan yang terserlah).

Mengikut sumber, idea pemilihan katalog lagu adalah daripada Din.

5. Lokasi Epik

Lokasi yang sangat mengujakan iaitu di tengah-tengah bandaraya KL atas bumbung Kompleks Campbell. Ia pemilihan yang sangat ikonik dan mengimbau kenangan para rockers yang selalu menjadikan tempat itu sebagai ‘port’ suatu masa dahulu.
Oleh itu, penganjur konsert lain disarankan mengambilkira faktor lokasi bagi kejayaan program antaranya mudah diakses, pengangkutan awam dan senang dirujuk. Soal parking belakang kira, janji lanjuuut Rock On.

6. Minn dan Yan
Paduan drum Minn, seorang drummer yang berasal dari arena Punk/Hardcore tempatan (Skunkfix, Naratu, Kids On The Move, Thy Regiment) dan legenda bassist Yantoi telah melengkapkan line-up asal Search yang terdiri daripada Kid dan Din (Kiddin).

7. Aksi Din Menggegar
Din beraksi sebagai figura sebenar yang ligat bergaya di atas pentas. Beliau sememangnya Dewa ‘Rhytmn’ yang menghamburkan energi tersendiri, persis 40 tahun perjuangan muzik.

8. Lagu Teguh berkumandang setelah sekian lama dan memukau para hadirin di konsert. Ia antara momen magis kerana lagu hits epik itu tidak pernah dimainkan di mana-mana sejak beberapa lama. Tinjauan online juga mendapati tiada footage rakaman lagu ini selain pada malam tersebut. Oh ya, solo Kid pada lagu itu ‘tembus alam lain’ kan??

9. Penonton yang ‘sporting’ dan menakjubkan

Mereka berhenjut, headbanging dan bergembira sepanjang lagu-lagu Search malam itu. Mereka ini yang membesar dengan Search dalam titik kehidupan tertentu samaada alam persekolahan, pekerjaan dan sebagainya.

Malam itu milik mereka, kepuasan jelas tertanda pada wajah masing-masing. Kebanyakan mereka mungkin telah senior, berumahtangga (bercucu pun ada) tapi benarlah kata pepatah rukun Rock N Roll, ‘usia hanyalah angka’.

10. Lambang Emblem Search

Lambang emblem tergantung di tengah pentas – emblem berbentuk segitiga yang melingkari logo band ‘S‘ berkilauan sambil mengeluarkan pelbagai warna mengikut mood lagu. Ia perlu disimpan sebagai khazanah fizikal sejarah rock negara.

Addendum (Tambahan):

11. Key asal
Semua lagu dikatakan menggunakan ‘key’ asal lagu seperti terkandung dalam kaset. Ini juga menunjukkan betapa Kid dan Din serius dalam memastikan originaliti lagu-lagu yang dipersembahkan untuk memelihara keaslian dan ketulusan lagu.

Pada ketika artikel ini diterbitkan, telah seminggu berlalu konsert Rockin’ On Rooftop namun dengan karisma dan fenomena epik malam tersebut, nampaknya semua orang akan terus berbicara mengenainya untuk sekian lama – satu detik sejarah yang menghiasi persada muzik negara – sambil menunggu kedatangan mereka ke lokasi-lokasi lain serata Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapura dan Indonesia. Pasti.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅