5 Sebab Konsert Search & XPDC Peng Yu Johor Bahru Sabtu 25/11 ini Pasti Rabak & Meriah!!

oleh Chiv Iscandar
738 bacaan

Rabak & Meriah, itulah yang pasti bakal dijanjikan oleh Search Kiddin dan XPDC Kita Peng Yu yang akan mengggegar Rockers Selatan pada Sabtu ini dalam konsert ‘Voyage of Asia’ (VOA). Berlangsung di Kompleks Sukan Educity, Johor Bahru pada Sabtu, 25 November 2023 ini anjuran C&M Music Centre, ia ibarat sirih pulang ke gagang kerana kebanyakan ahli-ahli Search dan XPDC juga berasal dari Johor seperti Kid, Din, Yan (Search), Amy XPDC dan Jeff (XPDC). Apatah lagi, Johor adalah pusat kelahiran dan asal-usul Rock di tanahair.

Tiket-tiket serendah RM98 masih boleh didapati secara online di pautan: https://www.ticket2u.com.my/event/31727?r=adib
atau tempat kejadian.
 
Jadi, ini lima (5) sebab mengapa konsert Voyage of Asia (VOA) Search X XPDC Kita Peng Yu pastinya akan menjadi pesta Rock yang rabak dan meriah Sabtu ini:
 
1. Gabungan 2 band Rock terbesar negara – Search (Kiddin) & XPDC (Peng Yu)

Gabungan Search Kiddin X XPDC Kita Peng Yu dilihat gandingan 2 band rock tersohor tanahair sepanjang masa. Search Kiddin tidak dapat dinafikan, sejak konsert Rooftop di Campbell, KL tahun lepas telah meledakkan aura sebagai band Rock terulung dan No. 1 negara, manakala XPDC Peng Yu walaupun setelah ketiadaan arwah Mael, terus gah sebagai kumpulan paling mantap dan ‘laku keras’ di Malaysia.

Bagi peminat Search terutama Johor, inilah peluang menyaksikan vokalis Denden Gonjales yang setakat ini tidak menghampakan dan membawa nostalgia lagu-lagu Search dengan cemerlang.

Bagi peminat Peng Yu pula, ini peluang mereka bakal disajikan dengan lagu-lagu ‘rare’ yang jarang dimainkan secara live, antaranya dikatakan ‘Tak Nak Jadi Soh Chai’, John Jenin, Pelesit Mata Sebelah dan berbagai-bagai lagi berbanding lagu-lagu yang biasa dimainkan dalam pesta-pesta karnival.

2. Tempat Konsert yang Selesa
Kompleks Sukan Educity, JB dianggap kompleks sukan terbaik di Malaysia dan pastinya, pengalaman konsert di situ akan lebih memeriahkan suasana para rockers!
3. Hari Rock Negara (Edisi Selatan)
Bakal berlangsung menjelang konsert pula ialah Hari Rock Negara (Edisi Selatan) yang akan menampilkan band-band sebelum hari kejadian seperti lagenda Hardcore selatan, NET, metal Narsamum dan berbagai-bagai lagi. Sebelum ini, Hari Rock Negara hanya berlangsung di KL (Malakat Mall, Cyberjaya) dan inilah pertama kali edisi Selatan diadakan. Pastinya meriah bila gabungan rockers dan peminat muzik turun bersama meraikan.
4. Penutup Tirai Konsert-Konsert Rock di Malaysia Tahun Ini
Konsert VOA boleh dianggap penutup tirai kepada semua konsert rock pada tahun ini. Jadi, adalah mustahil sekiranya para rockers  melepaskan peluang menikmati saat-saat hujung tahun bersama 2 gergasi Rock tanahair.
 
5. Peluang Derma & Solidariti Palestin
Terdapat ruang dalam konsert ini yang mana derma dan solidariti terhadap Palestin akan diadakan menerusi NGO Syria Care yang turut menyertai. Jadi, sambil berhibur boleh juga beramal sambil menunjukkan solidariti.
Jadi, tunggu apa lagi para Rockers? Tiket-tiket masih terjual dan boleh didapati sehingga tarikh konsert.
Search Kiddin dan Peng Yu-Peng Yu pasti akan merobek Johor Bahru dengan gegaran Rock hari Sabtu ini, ayuh!!
#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅