8 Orang Mati di Konsert Travis Scott

oleh Rahmat Mohd Did
2.7K bacaan

Sekurang-kurangnya lapan orang pengunjung meninggal dunia dan puluhan lagi dikejarkan ke hospital sewaktu malam pembukaan festival Astroworld anjuran rapper Travis Scott di Houston, Texas hari ini.

Kejadian bermula pada jam 9.15 malam apabila pengunjung berpusu-pusu masuk ke arena untuk merebut tempat di hadapan pentas menyebabkan suasanan huru-hara.

Ketua Bomba Houston, Samuel Pena memberitahu, ramai di antara mereka yang terjatuh, pengsan dan menimbulkan panik.

“Bermula jam 9.38 malam, suasana jadi makin teruk apabila jumlah mangsa bertambah dan pasukan penyelamat semakin sibuk.”

Setakat ini, 23 orang telah dikejarkan ke hospital berdekatan termasuk seorang kanak-kanak berusia 10 tahun. 11 orang daripadanya mengalami insiden jantung terhenti mengejut. Beratus orang lagi dirawat di hospital di tapak festival.

Di Twitter dan Instagram, banyak visual mengejutkan dikongsi oleh pengunjung tentang suasana yang sedang berlaku. Ada yang terbaring kaku menerima bantuan pernafasan, ambulans di tengah-tengah crowds dan banyak lagi. Salah seorang yang hadir pada festival tersebut, Shaane berkongsi pengalaman dan kritikannya kepada Travis Scott dan penganjur yang tidak peka dengan apa yang sedang berlaku.

Sementara itu, Travis Scott sendiri sedar apa yang sedang berlaku namun langsung tidak mengambil apa-apa tindakan malah tetap meneruskan konsert.

Jumlah kematian mungkin meningkat dan menurut pihak berkuasa, festival tersebut telah dihentikan dan tidak akan disambung lagi.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅