30 tahun mengangkat martabat muzik underground tempatan. Legasi dan impak berpanjangan. Menyatukan crowd muzik bebas di mana-mana show. Ini adalah antara pelbagai pencapaian oleh peneraju sound Eastern Oi! iaitu A.C.A.B, membuktikan mereka sebagai Godfather of Malaysian Oi!. Perjalanan mereka yang dipenuhi kenangan pahit manis bermula sebagai sebuah band kecil Oi! dari Kuala Lumpur, hinggalah kepada bereksperimen dengan Heavy Metal dan Indie Rock, A.C.A.B bukan sekadar menjadi inspirasi kepada band-band segenerasi mereka, tetapi turut mempengaruhi band-band di luar Malaysia.
Legenda Oi! ini akan menemui titik noktahnya pada Disember ini. Namun, A.C.A.B akan meraikannya dengan persembahan pentas terakhir serentak dengan 30 tahun kewujudan mereka berjudul Bring Back The Bootboys selama 3 jam di Zepp KL pada 21 Disember 2024, 7.45 malam, anjuran A.C.A.B Productions.
Persembahan terakhir A.C.A.B akan diwarnai dengan penampilan original line-up semasa awal penubuhan dan line-up terkini di samping beberapa bekas anggota A.C.A.B. Turut mengiringi perjalanan terakhir mereka adalah band pembuka, Haymaker diterbangkan dari Eropah yang pernah mempopularkan versi cover ‘Skinhead 4 Life’ di luar negara. Dengan line-up yang lengkap merangkumi sepanjang kewujudan mereka, A.C.A.B menjanjikan setlist yang merangkumi 37 lagu daripada terbitan Demo ‘95, single-single We Are The Skins dan Streets Of Uptown, EP Unite & Fight dan Anti-Racist, album Eastern Oi!, Skinhead 4 Life dan Bangun, serta Demonstration ‘95 Revisited (mini album 2020) semuanya dalam lagu penuh dan medley untuk persembahan 21 Disember 2024.
Max Mohammad (vokalis/gitaris) sangat teruja berkongsi, “Aku bangga dengan apa yang A.C.A.B dah buat selama 30 tahun, jadi kami nak raikannya dengan konsert terakhir di Zepp KL. What better ways to end it with the people that made who we are today? Dengan korang semua! Ada yang tanya kenapa we’re disbanding? Jawapannya, A.C.A.B dah capai matlamatnya dalam scene muzik tempatan dengan menyatukan pendengar daripada pelbagai latar belakang. Mana lagi band yang boleh satukan peminat Skinheads, Punk, Mods, Heavy Metal dan mainstream selain A.C.A.B?
Terima kasih semua atas sokongan sejak dulu, aku harap dapat bertemu semua orang dalam meraikan A.C.A.B for the very final time. Kita happy-happy saja masa show nanti mainkan semua lagu dalam discography A.C.A.B okey? And kita ada original line-up, current line-up dengan beberapa lagi bekas ahli A.C.A.B untuk hiburkan korang for the very last time. Zigger Zagger, Oi!”
Tiket masuk telah laris dijual dengan hampir semua kategori licin disapu. Hanya CAT 2 masih terdapat dengan jumlah yang semakin susut. Dapatkannya di sini.
Merchandise rasmi eksklusif turut terdapat sebelum dan semasa konsert. Dapatkan juga buku autobiografi rasmi A.C.A.B ‘THE UNTOLD STORY OF A.C.A.B’ yang ditulis Max Mohammad menyoroti kisah-kisah perjalanan A.C.A.B yang belum pernah ditemui di mana-mana media.Hubungi 019-6955634 untuk maklumat lanjut.