Aiman Ramli ‘Hilang’ Dalam Single Kedua

oleh Mohd Asyraf Firdaus
1.3K bacaan

Siapa sangka pemuda yang berasal dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia ini yang bermula dengan dikir barat mampu membawa lagu yang berunsurkan ala-ala 90-an. Genre ‘Rock Leleh’ yang masih dikekalkan seperti dalam single sebelumnya terus diperjuangkan bersama sentuhan moden. Sememangnya permata yang perlu dijaga dan digilap rapi kerana bukan semua orang mampu membawakan genre ini yang terkenal dengan vokal ala-ala tarik seperti band moden hari ini seperti Projector Band.

Dirakamkan di Studio Raja 199X dan diterbitkan secara rasmi di saluran Youtube Nif RedLandz, ini merupakan single kedua nukian Nif RedLandz yang wajar diberi perhatian.

“BARE JADDIY NI BEA”

Orang Kelantan sering menyebut istilah ‘bare jadi’ atau jika diterjemah terus ialah barang jadi. Ya! Itulah ungkapan paling sesuai. Single kedua yang berjudul Hilang yang dialunkan oleh Aiman Ramli nukilan Nif RedLandz ini sememangnya mantap dan menjadi adunannya!

Pada pandangan penulis, permulaan lagu ini seakan memberi suatu kenangan dan nostalgia kerana penulisan lirik yang mudah difahami dan juga melodinya yang ‘easy listening’. Walaupun terdapat banyak pengulangan dari segi lirik tetapi pada pandangan penulis itu juga boleh dijadikan ‘trademark’ bagi mengingati lagu ini. Keluar sahaja di radio kita tahu ini daripada Aiman Ramli.

“Mungkin sebenarnya kita tidak pernah kehilangan apa pun dalam hidup ini. Mungkin hanya ditukar dengan sesuatu yang jauh lebih indah.”

Walaupun bergenre ‘Rock Leleh’ tetapi lagu ini sedikit sebanyak mengembalikan nostalgia terhadap satu era yang dirindukan.

Ikuti Aiman Ramli di:

Facebook

#AsyrafMhd

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅