‘American Pie’ – Hari Di Mana Muzik Mati

oleh Anome
1.6K bacaan

American Pie merupakan sebuah lagu karya penyanyi/ penulis folk-rock Amerika, Don McLean. Naskah ini dimuatkan dalam album kedua beliau dengan tajuk yang sama dan telah dilancarkan pada 24 Oktober 1971 dengan jangka masa keseluruhan selama 36 minit 24 saat.

Menurut McLean, beliau menulis American Pie sebagai penghargaan kepada sebuah insiden nahas kapal terbang yang terhempas di Clear Lake, Iowa beberapa minit setelah berlepas dari lapangan terbang Mason City. Frasa “The day the music died” merujuk kepada tanggal 3 Februari 1959, hari di mana insiden tersebut berlaku. Insiden tersebut turut meragut nyawa tiga nama besar dalam industri muzik ketika itu iaitu Buddy Holly, Ritchie Valens dan Big Bopper.

Dalam wawancara rancangan Songbook, Don McLean menyatakan kematian Buddy Holly merupakan sebuah tragedi yang bersifat peribadi buat dirinya. Di usia 13 tahun, dia merasakan tiada sesiapa yang berkongsi kesedihannya tatkala itu.

“Buddy Holly’s death to me was a personal tragedy. As a child, I had no idea that nobody else felt that way much. I mean, I went to school and mentioned it and they said, ‘So what?’ So I carried this yearning and longing, if you will, this weird sadness that would overtake me when I would look at this album, The Buddy Holly Story, because that was my last Buddy record before he passed away.”

Bagaimanapun, Don McLean menjelaskan bahawa lirik American Pie bukanlah sepenuhnya berkisarkan tragedi pemergian Buddy Holly, tetapi diadun bersama kritikan isu politik dan rujukan budaya pop semasa. Sebagai contoh, frasa “When the jester sang for the king and queen in a coat he borrowed from James Dean” merujuk kepada Bob Dylan memakai kot milik James Dean di dalam foto beliau untuk album The Freewheelin’ Bob Dylan. Beliau kemudiannya terlibat di dalam sebuah kemalangan motosikal yang mengambil masa hampir setahun untuk kembali pulih.

Khabar angin juga mengatakan bahawa baris “And while the king was looking down the jester stole his thorny crown” merujuk kepada insiden di mana Bob Dylan mengambil alih tempat Elvis Presly sebagai penghibur nombor 1 dunia. Hal ini disokong oleh tabiat Bob Dylan yang gemar menggunakan frasa jokers, jester, dan juga clowns di dalam lirik-liriknya.

Jika diteliti lirik yang ditulis McLean, terlalu banyak kritikan terhadap sejarah industri muzik ketika itu. Tidak lupa juga kritikan sosio-politik terhadap masyarakat dan kerajaan semasa. Walaubagaimanapun, beliau tidak pernah mengesahkan apa-apa tafsiran pendengar terhadap lagunya kecuali mengenai hari di mana muzik mati.

Dengan jangka masa selama 8 minit 42 saat, American Pie memegang rekod lagu terpanjang yang berjaya menduduki tempat pertama carta selama 40 tahun sebelum diambil alih oleh Taylor Swift – All Too Well (Taylor’s Version). American Pie juga telah digambarkan sebagai “lagu yang paling berjaya dan diperdebatkan pada abad ke-20.”

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅