Sunday Luncur Demo Ketiga – ‘Memori’

oleh Anome
386 views

Sunday memulakan perjalanan tahun 2022 dengan pelancaran single demo Memori pada tanggal 18 Januari 2022. Memori telah dilancarkan di saluran YouTube mereka dengan jangka masa 3 minit 43 saat.

Dengan kombinasi susunan lagu yang ringkas, ringan dan catchy, Sunday melontarkan iringan riff gitar yang agak berat berserta dinamik yang agak tajam memberikan sebuah tenaga yang penuh keremajaan. Jika diteliti, muzik mereka memiliki pengaruh yang kuat daripada kugiran Rock Jepun, Kana- Boon dan juga kugiran Indie Rock terkenal Malaysia, Hujan.

Memori berkisar tentang bagaimana kita sebagai manusia telah menciptakan memori terindah untuk setiap orang yang melintasi talian masa kita, tetapi persoalannya adakah kita pernah mengungkap tulus perasaan kita kepada mereka. Bagaimana caranya kita tunjukkan kasih sayang kita terhadap keluarga kita, rakan-rakan, masyarakat sekeliling, malah seseorang yang istimewa buat diri kita? Ungkap dan kongsikan perasaan anda kepada mereka sebelum terlewat.

Dengarkan single demo Memori di saluran YouTube rasmi Sunday sekarang. Ikuti laman Instagram serta Twitter rasmi mereka untuk informasi dan kemaskini terbaru tentang rilisan muzik mereka yang akan datang tidak lama lagi.

Ikuti Sunday di laman;

Twitter

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati