Every Time I Die Berpecah, Bawa Haluan Masing-Masing

oleh Anome
1.3K bacaan

Kugiran Metalcore dari Buffalo, New York, Every Time I Die secara rasminya mengumumkan bahawa mereka tidak lagi akan meneruskan kerjaya muzik bersama-sama. Pengumuman tersebut telah dilakukan pada 17 Januari 2022 di laman rasmi Twitter dan Instagram pemain gitar mereka, Andy Williams.

Setelah 23 tahun berada dalam industri dan merakam sembilan buah album, kesemua ahli kugiran tersebut; Andy Williams, Jordan Buckley, Stephen Micciche dan juga Clayton Holyoak kecuali vokalis mereka, Keith Buckley memberi kata sepakat untuk membawa haluan diri masing-masing dan meninggalkan kugiran tersebut. Menurut mereka, keputusan itu terpaksa diambil memandangkan masalah komunikasi di antara mereka berempat dengan Keith Buckley telah berlarutan agak lama.

Keith Buckley bagaimanapun mejawab dakwaan tersebut dengan melampirkan surat guaman yang dihantar kepadanya bertarikh 20 Disember 2021 oleh syarikat guaman yang dilantik oleh ahli Every Time I Die yang lainnya. Surat tersebut menyatakan larangan bagi beliau daripada membuat sebarang pernyataan yang memburukkan nama kugiran dan mana-mana ahli mereka.

Jordan Buckley menjelaskan surat tersebut memberikan ruang kepada Keith untuk membincangkan perihal kugiran dan kebenaran menggunakan nama kugiran tersebut pada masa akan datang. Mereka juga menafikan dakwaan kugiran tersebut akan terus beraksi dengan pertukaran vokalis baharu menggantikan Keith Buckley.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅