Cisco Lancar ‘Bicara Aku’

oleh Anome
1.4K bacaan

Setelah melancarkan single Memori pada pembuka tahun 2022 yang lalu, Cisco kembali dengan sebuah video lirik rasmi single demo terbaru, Bicara Aku. Bicara Aku telah dilancarkan pada 18 Januari 2022 dengan jangka masa selama 4 minit 13 saat di saluran YouTube Rasmi mereka.

Hadir dengan konsep santai dan relaxing, video lirik tersebut merakam kegiatan harian mereka sebagai pemuzik yang penuh humor. Susunan muzik dan lirik yang ringan memberikan nuansa waktu minum petang di halaman rumah ditemani secawan teh hangat dan cinta hati.

Meski alunan muziknya memberikan suasana yang ceria dan gembira, Bicara Aku berkisar tentang individu yang bertengkar berbicara dengan fikiran negatif di dalam dirinya sendiri dan berharap agar fikiran negatif tersebut meninggalkan dirinya dan tidak lagi kembali mengingatkan memori duka yang lalu.

Tonton Bicara Aku di saluran YouTube Cisco. Ikuti juga saluran media rasmi Cisco di Twitter dan Instagram untuk perkembangan terkini muzik mereka.

Twitter

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅