Adakah Festival ‘When We Were Young’ Sebuah Scam?

oleh Anome
1.8K bacaan

Baru-baru ini kita digemparkan dengan sebuah festival yang diberi nama When We Were Young yang membawakan  barisan persembahan yang mungkin sudah bertahun-tahun kita tidak mendengar nama mereka disebutkan di mana-mana. Namun begitu, berikutan pendedahan tentang festival tersebut, turut timbul spekulasi bahawa kemungkinan festival When We Were Young merupakan sebuah rancangan sindiket penipuan ataupun scam.

Berdasarkan informasi di laman web rasmi mereka, When We Were Young bakal diadakan pada tanggal 22 Oktober 2022 selama sehari di Las Vegas, Nevada. Mereka membawakan sebanyak lebih kurang 60 kugiran Emo dan Pop-Punk yang terkenal sekitar tahun 2000 dengan tiket hanya berharga bermula dari 19.99USD. Antara nama-nama yang dibawa adalah Paramore, 3OH!3, My Chemical Romance, Pierce The Veil, Avril Lavigne, dan ramai lagi.

Berita ini menimbulkan isu hangat di alam maya membincangkan sama ada festival ini legit or a scam. Antara beberapa faktor yang membuatkan festival ini terlihat sebagai satu bentuk penipuan adalah pada harga tiket, jangka masa, dan barisan persembahan yang dibawakan. Bermula dengan 19.99USD anda boleh membeli sekeping tiket untuk menyaksikan persembahan lebih kurang 60 kugiran di Las Vegas selama sehari. Atas dasar ini, timbulnya khabar angin festival ini merupakan satu penipuan kerana “it’s too good to be true.”

Beberapa pendapat menyatakan festival ini merupakan sejenis scam seperti Fyre Festival yang diadakan pada April 2017 di kepulauan Bahamas. Para pemegang tiket Fyre Festival telah dijanjikan penginapan mewah, makanan gourmet, dan berparti bersama selebriti dan model terkenal.

Fyre Festival: How a 25-year-old scammed investors out of $26 million

Realitinya, ribuan pemegang tiket tiba ke Bahamas hanya untuk pengalaman yang tidak terurus oleh pihak pengajur dan dibiarkan berebut khemah terhad dan sesetengahnya berserta tilam basah yang dibiarkan di dalam hujan. Pihak penganjur Fyre Festival mengaut keuntungan sebanyak 26 Juta USD tanpa memberikan apa yang dijanjikan kepada para pemegang tiket.

Jika difikirkan, dengan lebih kurang 60 barisan persembahan, agak mustahil jika dijalankan hanya sehari. Bermula dari jam 11 pagi hingga ke 12 malam, jika satu slot persembahan diberikan masa 45 minit untuk set-up dan persembahan, hanya 17 slot persembahan mampu dimuatkan pada satu pentas. Jika satu slot persembahan hanya diberikan 30 minit sekalipun, hanya mampu memuatkan 26 slot melainkan terdapat beberapa pentas pada festival tersebut. Bagaimanapun, penganjur ada menyatakan akan terdapat beberapa pentas yang menjalankan persembahan secara serentak dengan tempoh masa berbeza-beza. Ya, jika tiga pentas sekalipun, 20 band perlu memastikan tempoh masa 13 jam yang diberikan akan berlangsung secara licin tanpa sebarang masalah.

“There will be multiple stages of varying sizes placed around the festival grounds with several bands performing at the same time. Full lineup details including set times and performances by stage will be released closer to the festival.”

When We Were Young Festival

Meskipun terdapat pelbagai tawaran tidak masuk dek akal yang dibawakan oleh festival When We Were Young, terdapat beberapa faktor yang menyokong bahawa festival ini bukannya satu bentuk penipuan. Walaupun harga tiket berharga serendah 19.99USD, para pemegang tiket ditawarkan beberapa pakej tiket dengan kelebihannya yang tersendiri. Malah terdapat beberapa artis di dalam barisan persembahan sudah mulai mempromosikan festival ini kepada peminat mereka, walaupun terdapat khabar angin yang menyatakan beberapa band terkejut melihat nama mereka dalam poster tersebut.

Percaya atau tidak, ini sebenarnya merupakan kali kedua festival When We Were Young dianjurkan. Majalah Rolling Stones menyatakan bahawa festival ini pertama kalinya dianjurkan pada tahun 2017 di Santa Ana, California, seminggu sebelum berlangsungnya festival Coachella. Barisan persembahan yang kurang menyerlah tetapi masih di bawah konsep Emo dan Pop-Punk, festival tersebut mendapat sambutan yang memberansangkan. Malah terdapat beberapa barisan persembahan yang pernah bersama mereka sebelumnya kembali untuk kali kedua di Las Vegas nanti.

‘When We Were Young’: 5 Questions We Have About the 2000s Emo and Pop-Punk Blowout

Kesimpulannya, hanya masa yang dapat menentukan sama ada festival ini benar-benar akan berlangsung dengan jayanya atau tidak. Ia sebuah angan-angan yang besar, namun tidak mustahil. Semoga pembeli tiket dijauhkan daripada bala penipuan dan perlaksanaan separuh masak sang penganjur. Amin!

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅