An Honest Mistake Mistake Luncur ‘Bad Dream’ Dengan Gandingan Amir Shazrin (Patriots) Dan Jack (Bright Minder)

oleh Anome
1.5K bacaan

Pada tanggal 25 Februari 2022, kugiran Pop Punk An Honest Mistake telah meluncur single pertama mereka bagi tahun 2022, Bad Dream. Bad Dream yang hadir dengan jangka masa selama 3 minit 09 saat turut menampilkan gandingan Amir Shazrin (Patriots) di bahagian vokal dan Jack (Bright Minder) di bahagian solo gitar.

Bad Dream berkisar tentang cinta yang bertepuk sebelah tangan di dalam sebuah mimpi ngeri. Lirik lagu menceritakan tentang perasaan dan keinginan yang dirasakan oleh sang penulis di kala hanyut di dalam mimpi. Penulis kemudiannya mempersoalkan nilai kewujudannya dan pada masa yang sama hadir dengan kesimpulan bahawa perhubungan itu merupakan sebuah pelaburan yang merugikan.

Objektif Bad Dream adalah untuk memberikan kuasa dan kawalan diri terhadap individu yang sedang mengharungi dugaan dan cabaran hidup tidak kiralah dari segi kerjaya atau perhubungan. Tiada apa yang terlalu sukar untuk ditawan. Apa yang diperlukan selama ini hanyalah sebuah pengiktirafafan yang kemudiannya diikuti dengan sebuah keputusan.

Apa yang memberikan inspirasi kepada anda sehingga terciptanya Bad Dream?

“My chest felt constricted, my heart was heavy. Cold sweat. I remember trying to wake myself up when I realised it was a dream. It felt like a combination of things. Evil faces, falling, teeth. When I eventually woke up, the line, ‘You’re nothing but a bad dream’, just kept playing in my head. Then, I just got to work immediately. I knew it was going to be a great idea for a song.” – Darren (An Honest Mistake)

Susunan muzik Bad Dream sepertinya ada sedikit kelainan dari segi nada dan dinamik, adakah lagu ini dibuat oleh An Honest Mistake keseluruhannya atau ada sentuhan air tangan individu yang bukan ahli An Honest Mistake?

“I wanted some fresh perspectives so I consulted our ex-co vocalist, Sheryl Goh as well as close friend Amanda Love who helped with the initial melody idea. I felt like I didn’t want to do this on my own and working together with close friends would be so much better. When I got to the studio, I got Christian Theseira to help with the vocal sessions too. It’s a whole huge effort I feel.” – Darren (An Honest Mistake)

Dengarkan Bad Dream di saluran Spotify dan Youtube rasmi An Honest Mistake dan dapatkan tiket gig The Lonely Hearts Club di The Bee Publika pada 26 Februari 2022 untuk tayangan perdana video muzik (MV) Bad Dream. Ikuti juga saluran media sosial rasmi An Honest Mistake di Facebook, Twitter dan Instagram untuk informasi terkini muzik mereka.

Facebook

Twitter

Instagram

Spotify

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅