An Honest Mistake Cari Jalan Keluar Dari Hubungan Toksid Dalam Single Terbaharu

oleh Rahmat Mohd Did
2.1K bacaan

Setelah percubaan pertama mereka mengubah haluan muzikal menerusi single All Over Again bulan lepas, An Honest Mistake kembali dengan single terbaharu berjudul Never Feel the Same pada 26 November 2021.

Transisi bunyian An Honest Mistake daripada pop punk ke modern rock yang lebih berat dengan tema lirikal lebih peribadi menggambarkan kematangan mereka dalam bermuzik selain impak persekitaran dan orang sekeliling yang memberi perspektif baharu dalam karya-karya mereka.

Never Feel The Same mengupas tentang hubungan toksik antara sepasang kekasih. Menurut vokalis mereka, Darren Teh:

“Kebanyakan lagu yang aku tulis adalah refleksi tentang manusia-manusia di sekeliling aku. Selalunya aku akan cuba letakkan diri ke dalam situasi mereka dan menulis seperti aku sedang melalui sesuatu. Kebelakangan ini, ramai kawan-kawan aku yang berpisah, bercerai dan dalam proses bercerai.

 

Menerusi lagu ni, aku cuba bayangkan berada dalam sebuah hubungan yang toksid dan kita semua tahu betapa sukarnya mencari jalan keluar untuk situasi sebegini. Ia mungkin jalan terakhir dan kita hanya mampu berkata, ‘Cukup-cukuplah. Aku dah tak sanggup lagi. Bye!’ Kadang-kadang, kita hanya berpusing dalam bulatan yang sama tanpa arah tuju yang jelas.”

Dengan bantuan daripada CENDANA, An Honest Mistake turut meluncur sebuah video muzik yang diarahkan oleh Andrew Tan dan menampilkan Rachel Anyi. Menurut mereka, lagu ini akan terkandung dalam album baharu yang akan dirilis pada tahun hadapan.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅