Bangkit – Kugiran Hebat Di Venue Kecil

oleh Aniq Ammar Ekhwan
618 bacaan

Pada 21 Julai 2023, aku telah dijemput ke sebuah acara diberi nama Bangkit Vol 1 bertempat di Angguk Studio Ara Damansara.

Menggunakan konsep bebas, acara ini menampilkan enam kugiran berbakat besar iaitu Hayley’s Komet, Torque Six, Mellocinta, Sky Freedom, Late Night Frequency dan OAG. Aku tertanya tujuan acara ini diadakan dan sempat berbual dengan Naim Shabrizan iaitu penganjur.

Gig Bangkit ini bertujuan untuk membangkitkan industri local independent scene dari segi ekonomi anak muda ataupun yang senior untuk ketengahkan bakat mereka. Di samping tu untuk mengumpulkan seramai NGO yang boleh untuk menyuarakan pendapat yang positif berkenaan underground dan independent music scene untuk mendapat peruntukan/ highlight yang sepatutnya. Untuk menjadikan platform untuk industry indie menunjukkan bakat masing-masing dari segi pelbagai exposure.

OAG. Kredit: Bangkit Movement

Bermula jam 7:45 malam, acara dimulakan dengan persembahan dari Hayley’s Komet kemudian diteruskan dengan Torque Six, Mellocinta, Sky Freedom, Late Night Frequency dan OAG dan kesemua kugiran telah melakukan persembahan dengan cara masing-masing. Tidak dilupakan, kedatangan juga agak memuaskan cuma aku berpendapat jika pihak penganjur boleh melakukan siri gig ini secara tour atau erti kata lain, melakukan acara ini di beberapa venue yang ada di Selangor/Kuala Lumpur supaya pihak penonton tahu kehadiran venue.

Aku juga sempat bertanya pada Naim berkenaan pelan jangka panjang dan ini jawapan beliau:

InshaaAllah, saya akan organize Bangkit track 2 hingga ke track 10 dahulu. tetapi bukan hanya satu genre tetapi pelbagai genre dan juga Bangkit dari dari sukan Xtreme seperti Skate & BMX.

Bukan senang sebenarnya untuk menjadi seorang penganjur kerana banyak perkara yang beliau perlu beri perhatian tambahan pula kehadiran band besar seperti OAG dan Late Night Frequency di ketika itu. Aku merasakan band besar kena main di venue kecil juga untuk mendapatkan ‘intimate’ bersama peminat.

Tahniah buat Bangkit Movement, semoga kalian dapat melaksanakan acara seterusnya.

Ikuti Bangkit Movement di:

Instagram

Foto-foto ehsan Bangkit Movement:

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅