
Kredit: Muse
The Only Show in Asia – Ini merupakan tagline penganjur konsert Muse di Kuala Lumpur sempena siri jelajah album terbaharu mereka, Will of the People (2022). Namun, adakah ia The Best Show in Asia?
Di sebalik perkongsian pengalaman yang indah-indah di media sosial, penulis nak kongsikan juga pengalaman pahit dari perspektif penulis sendiri pada malam kembalinya band rock tersohor dari UK ini selepas 17 tahun.
Kena sidai
Apa jadah band opening, Kyoto Protokol disuruh main pukul 7.30 malam tengah-tengah Maghrib sedangkan Muse sendiri yang sepatutnya main pukul 8.30 malam lambat sampai sejam? Konsert bermula tepat jam 9.25 malam tanpa sebarang penjelasan daripada Muse atau organiser sendiri. Penulis masuk pukul 6.00 petang dan tengok dah ramai duduk di depan stage. Betul-betul kena sidai.
Sempat juga penulis bergurau dengan rakan, “Patutlah lambat, dia belajar Bahasa Melayu dulu!”
Setlist kena potong!
Band yang lambat, penonton pula kena tanggung akibat. Sepatutnya, drag sajalah masa. Kenapa mati-mati tepat jam 11.00 kena habis?
Berdasarkan data dari laman web setlist.fm, purata lagu dalam siri jelajah Will of the People adalah sebanyak 23 lagu dengan durasi 1 jam 50 minit. Di Kuala Lumpur, kita hanya dapat 20 lagu dengan durasi 1 jam 35 minit. 20 minit tu korang rasa berapa lagu boleh masuk?
Sound system out of phase
Sedang penonton di bahagian bawah bergembira singalong dan melayan sound system berkelas dunia, penulis dan rakan-rakan lain di Zone D bergelut melayan bunyi boomy dan bergema sampai tak jelas langsung apa yang dimainkan.
Puncanya adalah delay speaker tower di tengah-tengah crowd yang betul-betul delay satu saat! Bunyi dram, bunyi gitar semua dengar melantun-lantun. Tak sedap langsung!
Kalau ikutkan harga, penonton di Zone D ni kena bayar RM950, sama harga dengan Zone A di hadapan stage. Gila ke tak setting betul-betul?
Begitulah serba-sedikit luahan kekecewaan penulis yang bertugas sebagai media dan juga peminat Muse yang tidak berpeluang hadir sewaktu pertama kali mereka menjejakkan kaki di sini pada tahun 2007.
Setakat berita ini ditulis, pihak Hello Universe masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan kelewatan konsert dan kenapa ia habis awal.
So I guess, “We are Fxxxxg fxxxxd.”