Album keempat Beartooth yang bertajuk Below telah pun rasmi diterbitkan semalam iaitu pada 25 Jun 2021 di semua platform digital. Dipetik melalui laman web Kerrang, frontman Beartooth, Caleb Shomo juga turut mengakui bahawa album ini ditulis dalam suatu keadaan yang sangat positif. Album ini memuatkan 12 buah lagu yang masih mengekalkan identiti utama Beartooth melalui permainan gitar dan dram yang dinamik selain turut menyelitkan unsur-unsur rock klasik dalam beberapa buah lagu.
Trek Below memulakan peranan utama sebagai pembuka dan diteruskan dengan beberapa buah lagu lagi termasuklah Skin yang diterbitkan bersekali dengan video muzik (MV) semalam, serentak dengan terbitnya album ini.
I’m so uncomfortable with this skin
I’m in The mirror’s telling me that I’ll never win
It’s so hard to know these days if anybody feels the same
I’d give anything for some company
Ini merupakan bait-bait lirik yang menjadi kegemaran penulis kerana menggambarkan satu situasi seseorang yang terperangkap dalam diri mereka sendiri, tidak mengetahui apa yang mereka mahukan. Album ini juga sedikit sebanyak membantu penulis untuk terus kekal positif. Ayuh dengarkan Below di mana-mana platform sekarang!
Ikuti Beartooth di:
#staypositive #AsyrafMhd