‘Biarlah Berakhir’ : Taruhan Pertama Amin Azman

oleh Aniq Ammar Ekhwan
1.6K bacaan

Amin Azman, seorang artis baharu yang sedang meningkat naik di aplikasi Tik Tok baru sahaja melancarkan single pertamanya, Biarlah Berakhir pada 25 Januari 2022 di semua platform strim digital. Single ini juga merupakan kolaborasi pertama beliau bersama Serenity Production, sebuah produksi independen yang bertapak di Kuala Lumpur. Untuk proses adunan dan mastering pula, mereka telah mendapatkan khidmat Furkhan Gulus dari Kagen Music, Jerman.

Sedikit pengenalan mengenai Amin Azman. Beliau merupakan seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Multimedia di Universiti UniKL  dan baru berusia 23 tahun. Memulakan perjalanan muzik sebagai seorang pemain piano, lama-kelamaan Amin mula menceburi Tik Tok sebagai seorang Content Creator dan memuatnaik beberapa lagu cover dengan cara tersendiri. Setakat ini, beliau mempunyai lebih daripada 100 ribu pengikut, 3.1 juta tanda suka dan ada di antara videonya mendapat lebih dua juta tontonan.

Menurut Aizat dan Syafiq selaku produser dan komposer, Biarlah Berakhir berkisar tentang perhubungan toksik yang sememangnya berlaku dalam kalangan masyarakat sejak dahulu lagi. Tak kisah lelaki atau perempuan, isu perhubungan toksik memang wujud di mana salah seorangnya tidak lagi menyayangi namun tidak mahu melepaskan pasangannya.

“Kita dah tengok Amin ni dah lama sebenarnya di TikTok. Lepas kami berdua berbincang, kami membuat keputusan untuk berkolaborasi dengan beliau dan kita cuba apa yang boleh disebabkan kami berdua berjauhan, segala rakaman kita buat secara bersendirian dan berhubung melalui emel. Hasilnya Alhamdulillah kami berpuas hati dengan apa yang kami lalui dan sambutannya menggalakkan. Kami pilih pop balada untuk single ini kerana mengikut aliran arus perdana dan InshaaAllah di masa hadapan kami akan cuba pelbagaikan genre muzik dan tidak ada halangan yang kami akan letak untuk terus berkarya.

-Aizat Serenity-“

Penulis juga sempat bertanyakan kepada Amin Azman tentang cabaran dalam menyanyikan lagu sendiri kerana pada masa kini ramai bakat Tik Tok hebat dalam menyanyikan lagu cover namun apabila cuba untuk menyanyikan lagu sendiri, tidak mendapat sambutan sehebat itu dan ini jawapan beliau:

“Untuk Amin, memang mudah untuk kita menyanyikan lagu cover dengan cara kita sendiri namun bila tiba ke lagu sendiri memang susah nak menjadi. Dia sebenarnya ikut rezeki. Kalau ada tu, adalah. Kalau tiada? Tak apa kita cuba lagi. Yang penting kena tahu dengan variasi lagu yang kita ingin sampaikan dan paling penting, untuk dapatkan views yang baik memang kena ada kolaborasi dengan content creator lain untuk pastikan lagu kita didengari ramai.”

Penulis berpendapat bahawa Biarlah Berakhir merupakan single yang bagus bukan sekadar susunan lagu sahaja malah liriknya juga baik dan mudah difahami. Namun begitu, penulis merasakan kualiti vokalnya agak kurang menyengat berbanding apa yang sering dipersembahkan di Tik Tok, lebih-lebih lagi di bahagian verse. Untuk masa hadapan, penulis mengharapkan Amin Azman dapat memperbaiki mutu vokal untuk lagu-lagu sendiri. Penulis percaya beliau mampu pergi lebih jauh dalam usaha menjadi penyanyi yang disegani ramai kerana stail sebegini memang mudah menambat hati peminat-peminat muzik arus perdana.

Konklusinya, Biarlah Berakhir merupakan naskah yang bagus dan penulis berharap Amin dan Team Produksi Serenity lebih maju ke hadapan dengan produksi yang lebih mantap.

Tahniah buat Amin Azman dan Serenity Production atas pelancaran Biarlah Berakhir. Semoga kalian terus maju di masa hadapan dan sentiasa dirahmati Tuhan di mana jua berada. Adios!

Ikuti Amin Azman di:

TikTok

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅