‘Sunday Bloody Sunday’ – Tragedi Berdarah Hari Ahad U2

oleh Anome
1.7K bacaan

Sunday Bloody Sunday merupakan sebuah trek pembuka berbaur politik oleh kugiran rock Ireland, U2 yang diambil daripada album ketiga mereka, War. Album ini telah dilancarkan pada 28 Februari 1983 dan hadir dengan 10 trek berdurasi 42 minit 03 saat.

Sunday Bloody Sunday mengisahkan tentang peristiwa sebenar ‘Bloody Sunday’ yang berlaku pada 30 Januari 1972 di Derry, Utara Ireland. Pada hari kejadian, dunia dikejutkan dengan berita Tentera British menembak 28 orang awam tidak bersenjata di sebuah protes aman menentang Operasi Demetrius.

Operasi Demetrius merupakan satu operasi penahanan dan penjara tanpa tanpa bicara oleh Pihak British terhadap mereka yang disyaki terlibat dengan Tentera Republik Irish (IRA). Sebanyak 342 penahanan penuh keganasan telah dilakukan sehingga mengakibatkan kematian 20 orang awam, 2 ahli IRA, dah dua ahli Tentera British.

Akibat berang dengan tindakan Tentera British, penduduk telah melakukan protes bagi membantah operasi tersebut yang kemudiannya digelar sebagai ‘Bloody Sunday’. Protes Derry melaporkan seramai 13 orang awam telah terbunuh berserta seorang mangsa yang mati empat bulan kemudian akibat kecederaan pada hari kejadian.

Mangsa-mangsa yang terlibat turut mengatakan bahawa mereka ditembak dari julat titik kosong (point blank range) malah sebahagiannya ditembak ketika menolong mangsa-mangsa yang tercedera. Para penunjuk perasaan mengatakan bahawa mereka telah ditembak dengan peluru getah dan dipukul dengan baton. Turut dilaporkan dua mangsa telah dilanggar oleh kenderaan tentera.

Sunday Bloody Sunday’ karya U2 digubah khas untuk membawa pendengar kembali ke tahun 1972, kembali ke hari kejadian bagi mengalami sendiri suasana hari tersebut. Bunyi dram yang mirip dengan dram ketenteraan, echo, bunyi gitar, lirik dan video muzik rasmi semuanya direka khas buat para pendengar merasakan sendiri pengalaman berada di protes tersebut.

Album War merupakan satu kejayaan buat U2. Album ini merupakan album pertama U2 yang dianugerahkan emas di United Kingdom. Album ini juga disenaraikan di tempat ke-223 dalam ‘Senarai 500 Album Terbaik Sepanjang Zaman’ oleh majalah Rolling Stone pada tahun 2012.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅