Agak lama juga penulis tidak mendengar khabar band ini sejak mereka meluncur EP pertama, Now It’s Our Turn pada awal tahun 2020 dahulu. Mungkin kerana pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyekat aktiviti muzikal mereka, Blackrose Valentine mengambil keputusan berehat sementara. Buat yang belum mengenali mereka, boleh baca nukilan penulis tentang bagaimana tertubuhnya kugiran ini DI SINI.
Setelah dua tahun tanpa sebarang material, Blackrose Valentine akhirnya melampiaskan nafsu serakah mereka terhadap rock ‘n’ roll dengan buah tangan terbaharu di hari pertama tahun 2022 melalui single Bangkit Semula yang diterbitkan bersama sebuah video muzik (MV) yang “gerek” di YouTube.
Terus-terang penulis katakan, Blackrose Valentine tertubuh hanya untuk satu visi: rock hard! Bangkit Semula adalah sebuah trek yang mencerminkan tujuan tersebut dengan sound yang ultra rabak, riff-riff menyengat dan solo menggigit! Ia juga merupakan petanda bahawa mereka sudah bersedia untuk kembali menggegar pentas gig dan anda semua perlu bersedia untuk klimaks berulang kali dengan jenama rock ‘n’ roll acuan mereka.
Syabas diucapkan kepada Blackrose Valentine atas pelancaran single baharu ini dan selamat maju jaya diucapkan. Semoga tahun ini memberi tuah kepada kalian untuk lebih dikenali di seantero Malaya. Bagi yang berminat untuk mendapatkan EP mereka, boleh hubungi mereka secara terus di media sosial atau di talian +60 12 712 8719. Dengarnya cetakan baharu ini akan turut memuatkan Bangkit Semula sebagai trek bonus.
Ikuti Blackrose Valentine di: