Selepas berehat beberapa bulan dari membuat album, The Cranberries akhirnya merilis album keempat mereka, Bury The Hatchet. Album yang dilancarkan pada 19 April 1999 ini mengambil masa agak lama untuk disiapkan.
Menurut vokalis dan gitaris Dolores O’Riordan, beliau mengambil masa untuk sembuh dari penyakit yang disebabkan oleh tekanan, dan dalam masa yang sama dengan kelahiran anak sulungnya. Apa yang dilalui Dolores berkongsi beberapa pengalaman pahit dan manisnya ketika itu dalam album ini, paling ketara adalah lagu Animal Instinct dan You and Me.
Tema lagu-lagu dalam album ini lebih variasi, tetapi lebih kepada perihal bersalin, anak hingga ke penceraian dan penderaan kanak-kanak. Juga dari segi hal peranakan, penceraian dan penyalahgunaan kanak-kanak.
Kulit album dicipta oleh Storm Thorgerson, yang kemudian ditampilkan dalam senarai The Worst Record Covers of All Time oleh majalah Pitchfork.
Empat dari 14 lagu dalam Bury the Hatchet dikeluarkan sebagai single sebagai promosi album.
#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #AnniversaryAlbum #TheCranberries #BuryTheHatchet