The Zutons: Band Baru Yang Berjaya Menjual 580K Unit Album

oleh Azam Gilmour
768 views

Band indie rock UK, The Zutons melancar album sulung mereka Who Killed…… The Zutons? hari ini, 17 tahun lalu. Jualan album yang agak memberansangkan buat band baru di arena muzik, dengan jualan 581,088 salinan setakat Julai 2006.

Diawal jualan album ini disertakan CD bonus yang mengandungi empat lagu versi alternate. Rilisan vinyl pula terdapat kaca mata 3D (brand The Zutons). Siapa ada CD atau vinyl album ni? Penulis masih mencari format vinyl album ni. Menyesal juga dulu tak beli bila jumpa.

Kepada kalian yang tak kenal dan belum pernah dengar The Zutons, Penulis mencadangkan kalian dengar album ini, mana tahu tersangkut?

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #AnniversaryAlbum #TheZutons #WhoKilledTheZutons

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati