Champagne Supernova: Lagu tiada maksud tapi menjadi hit di seluruh dunia

oleh Aqil Syakir
3.1K bacaan

Penggemar kumpulan Oasis sudah tentu sinonim dan suka dengan lagu Champagne Supernova (salah satu lagu dari album (What’s the Story) Morning Glory?). Mengetengahkan konsep psikedelik di mana pendengar seakan berada di alam yang lain (bukan kerajaan Ayah Pin) semasa mendengar lagu ini. Ditambah pula dengan bunyi gitar nyaring serta solo dari Noel menjadikan lagu ini satu masterpiece yang sesuai untuk anda berehat sambil mendengar lagu psikedelik.

Jika ditelusuri maksudnya, sebenarnya agak susah untuk digambarkan kerana kalau kita baca liriknya pun agak pelik dan merepek. Pelbagai spekulasi yang dikeluarkan oleh netizen penggemar muzik mengenai lagu Champagne Supernova.

Bekas gitaris Oasis, Noel Gallagher pernah memberikan hujah mengenai lagu ini. Dia pernah berkata kepada NME pada tahun 1995 iaitu:

“Some of the lyrics were written when I was out of it. There’s the words: ‘Someday you will find me/ Caught beneath a landslide/ ln a Champagne Supernova in the sky’. That’s probably as psychedelic as I’ll ever get. It means different things when I’m in different moods….”

Berdasarkan apa yang dikatakan oleh Noel, bahagian korus iaitu ‘Someday you will find me/ Caught beneath a landslide/ ln a Champagne Supernova in the sky’ merupakan bahagian lirik yang mempunyai elemen psikedelik kerana ia bermaksud perkara yang berbeza ketika kita berada dalam suasana yang berbeza.

” One is about Bracket The Butler who used to be on Camberwick Green, or Chipley or Trumpton or something. He used to take about 20 minutes to go down the hall. And then I couldn’t think of anything that rhymed with ‘hall’ apart from ‘cannonball’. so I wrote ‘Slowly walking down the hall/ Faster than a cannonball’ and people were like, ‘Wow, f , man’. “

Noel berkata lagi, lagu ni juga diinspirasikan oleh kisah Bracket The Butler dalam siri kartun kanak-kanak British Camberwick Green. Dia tak boleh fikir apa-apa kerana dalam otaknya ada perkataan ‘hall‘ dan ‘cannonball‘. Jadi, dia pun tulis ‘Slowly walking down the hall/ Faster than a cannonball‘ dan semua orang teruja.

Itu kalau apa yang dikatakan oleh Noel. Akan tetapi, kalau berdasarkan dari Reddit, lain pula ceritanya iaitu lagu Champagne Supernova adalah lagu Oasis yang dikhaskan untuk ayah Liam dan Noel, Thomas Gallagher.

Dikatakan bapak Gallagher brothers (Noel,Liam dan Paul), Thomas Gallagher selalu memukul mereka sampai trauma. Rentetan daripada itu, mereka menjadi budak jahat—membuli, membuat masalah, mabuk, merokok dan menagih dadah. Sebab itu liriknya ditulis:

How many special people change?

How many lives are living strange?

Where were you while we were getting high?

Sebenarnya panjang lagi tapi kalau nak kami letak dalam artikel ini, boleh jadi buku dah bukan artikel. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tengok Reddit Oasis (kami sertakan pautan di sini).

Baiklah, kita cerita pasal anugerah yang dimenangi oleh Oasis kerana lagu Champagne Supernova. Lagu ini telah mendapat nombor satu dalam carta Modern Rock Tracks. Lagu ini juga mendapat platinum dalam British Phonography Industry (BPI) dan mendapat emas dalam Recording Industry Association of America (RIAA).

Bukan itu saja, kalau mereka perform lagu ini di konsert sudah semestinya semua penonton akan menyanyikan dengan penuh semangat, sampai nak terkeluar anak tekak.

Konklusinya, walaupun lagu tiada maksud tetapi susunan lirik dan alunan muziknya berjaya sudah pasti akan menarik perhatian serta menjadi kegemaran buat penggemar muzik. Nak tambah perisa, boleh masukkan elemen ‘eksperimen’ supaya ia menjadi satu fenomena baharu.

Sumber:

  1. Oasis Interviews Archive.
  2. Reddit Oasis.
  3. British Phonography Industry (BPI).
  4. Recording Industry Association of America (RIAA).

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅