Filem dokumentari ‘PEKIK’ yang memfokuskan kepada atmosfera muzik independen sekitar tahun 90an, telah berjaya dinobatkan sebagai Dokumentari Terbaik Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Kota Media, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Seperti yang diucapkan oleh Pengarah ‘PEKIK’, Fareeq Alias, ketika menerima trofi di atas pentas FFM33, kemenangan ini adalah kemenangan yang didekasikan khas untuk ‘scene’ muzik independen tempatan.
Justeru itu, sebuah acara persembahan bersama artis-artis yang terlibat di dalam filem dokumentari tersebut akan diadakan pada 28 Disember 2024 bertempat di Black Box, Damansara Performing Arts Centre.
Acara yang diberi nama ‘Gemersik dialun Pekik’ ini adalah merupakan sebuah persembahan muzik akustik yang menampilkan 10 kumpulan independen tempatan, antaranya OAG, Sekumpulan Orang Gila (S.O.G), Republic of Brickfields serta Emmett I.
Apa yang menarik acara ini turut menampilkan muzik akustik tradisional melalui persembahan dikir barat. Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan menonjolkan kekayaan warisan budaya Malaysia tetapi juga untuk memastikan ia terus dihargai dalam landskap muzik moden yang semakin berkembang.
Istimewa untuk pembeli tiket ‘Gemersik dialun Pekik’, peminat juga akan menerima akses untuk menonton filem ‘PEKIK’ secara PERCUMA. Ini adalah peluang yang baik bagi mereka yang terlepas menonton di Astro First & Viu sebelum ini. Akses ini akan diberikan semasa acara ini berlangsung kelak.
Acara ‘Gemersik dialun Pekik’ ini dianjurkan oleh Stereo Pixels Sdn Bhd dan disokong oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia).
Tiket masuk (terhad kepada 120 tiket untuk setiap persembahan) dan cenderahati rasmi boleh dibeli di atas talian melalui laman web https://pekik.stereopixels.com
INFO LANJUT:
Press Release (Softcopy/Photos/Video): https://pekik.stereopixels.com/pr
Laman Web: https://pekik.stereopixels.com
FB/IG/TikTok: @pekikmy
Whatsapp: +6010 5570247