Tahun 2020, jualan vinyl meningkat untuk tahun ke-13 berturut-turut di UK, dengan jualan album baru dan klasik, sama-sama menikmati kejayaan dalam format vinyl yang dihidupkan semula.
Ketika peminat beralih kepada muzik pada tahun yang sukar (2020), penjualan vinyl melonjak 11.5% tahun ke tahun kepada hampir 5 juta (4.8 juta) unit, lapor badan industri muzik, British Phonographic Industry (BPI).
Banyak yang menyokong kedai rekod bebas dengan membelinya di kedai, dengan ratusan peminat yang menawarkan penghantaran dalam talian (online delivery) ketika UK dalam lockdown. Tahun lalu, Official Charts melancarkan Official Indie Record Store Finder, mendorong pelanggan mereka untuk menjadi cratediggers maya (virtual cratediggers).
Official Charts bekerjasama dengan Record Store Day dan National Album Day untuk lancarkan The Record Club dengan kerjasama dan penglibatan Bowers & Wilkins – siri livesteaming yang berlangsung setiap hari Rabu, bagi mendorong penonton untuk memesan album tetamu jemputan mereka dalam setiap episod melalui kedai rekod tempatan mereka dengan cara mendengarnya dahulu, kemudian menonton siaran untuk mengetahui semua tentangnya. Tetamu baru-baru ini termasuk Sophie Ellis-Bextor, Paloma Faith, McFly, Doves dan Declan McKenna.
Jualan terlaris vinyl untuk tahun 2020 adalah DISCO album baharu Kylie Minogue, dengan jualan 21,500 keping vinyl sejak dilancarkan pada bulan November 2020. 13,500 daripadanya adalah dari minggu pertama pelancarannya, apabila penampilan DISCO ditangga pertama dalam carta Official Albums, menjadikan Kylie sebagai artis wanita pertama yang mendapat nombor 1 di UK dalam lima dekad berturut-turut.
Teratas di dalam carta album vinyl akhir tahun adalah Rumours, album klasik Fleetwood Mac. Rekod itu dikeluarkan pada tahun 1977 – tetap menjadi pilihan popular format vinyl dan sering muncul dalam carta mingguan Official Vinyl Albums Top 40. 32, 500 salinan album telah dibeli dalam bentuk vinyl di UK.
Sementara itu, rilisan tahun 2020 yang lain disenaraikan dalam Top 10 terlaris vinyl termasuk Power Up – AC/DC (8), Live At The Royal Albert Hall – Arctic Monkeys (9), dan Ultra Mono – Idles (10).
Album live Liam Gallagher, MTV Unplugged berada ditangga ke-11 carta. Bagaimanapun, lagenda Britpop itu memberitahu jualan single beliau All You’re Dreaming Of mencatat kedudukan nombor 1 dalam jualan single tahun itu, di mana semua hasil jualan single itu disalurkan terus kepada Action For Children.
A Hero’s Death, sebuah album Fontaines D.C. pula berada ditangga ke-17 terlaris di UK tahun lalu, October – Bruce Springsteen ditangga ke-19 manakala Folklore – Taylor Swift berada ditangga ke-22.
Senarai jualan vinyl terlaris di UK sepanjang tahun 2020:
©2021 Official Charts Company. All rights reserved.
Sumber: officialcharts.com
#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #OfficialCharts #Vinyl #VinylRelease2020