Gandingan Karazey dan Airinna Namara telah melahirkan single yang berjudul Hard To Love yang dilancarkan pada 18 Februari 2022 dengan jangka masa selama 3 minit 04 saat di saluran Spotify dan Youtube rasmi Karazey.
Hard To Love mengisahkan tentang perasaan seseorang yang dipermainkan oleh pasangannya di dalam sebuah perhubungan toksik. Individu tersebut bagaimanapun menemui jalan keluar daripada perhubungan tersebut dan berasa lega bahawa apa yang dilaluinya telah berakhir.
Dengan lirik yang sedikit mencabar pendengar, pemikiran dan emosi yang dicurahkan Airinna memberikan makna baharu terhadap karya tersebut. Sebagaimana lelaki dan perempuan bercinta dalam era yang serba laju, lagu ini merupakan sebuah refleksi diri terhadap nilai diri masing-masing di dalam sebuah perhubungan.
Duo ini percaya bahawa single ini hadir dengan bunyian dance pop tune, namun ianya akan membawa para pendengar ke lubuk pemikiran yang lebih dalam terhadap pendekatan diri masing-masing dari segi kehidupan dan perhubungan. Ia juga diharapkan mampu membawa keberanian dalam diri dan cinta dengan motif yang betul.
Hard To Love sebelumnya dikenali sebagai Easy To Love, apa alasaan yang menyebabkan perubahan terhadap single tersebut?
“I sent her the song titled back then, ‘Easy to Love’ and within a day, Airinna texted me back saying she had done the initial draft but the song’s title is now ‘Hard to Love’. When I heard it for the first time, it was magical. Airinna just took the song to another level and I knew I had to keep working on it, to elevate the song even more. I contacted a friend named Martin Looi for the violins and when he added the strings, the song felt much more intimate despite having such an upbeat groove. I loved the way it sounded and that was how ‘Hard to Love’ came about”.
Apa yang memberikan ilham untuk penulisan lagu Hard To Love?
“The song initially started when I was on a call with a friend from Korea, who was just watching and accompanying me while I was working. She said she would love to hear an upbeat love song rather than the moody ones. I took it as a challenge and began crafting Hard to Love’s framework”.
Dengarkan Hard To Love di saluran Youtube dan Spotify rasmi Karazey, dan ikuti saluran media sosial Instagram rasmi Karazey untuk karya-karya terbaru beliau.