Sayonara Boys Bawa Isu Peperangan Dalam ‘False Kin’

oleh Anome
1.5K bacaan

Sayonara Boys telah  melancarkan sebuah single terbaru berjudul False Kin pada 23 Februari 2022 dengan jangka masa selama 4 minit 06 saat di kesemua platform media rasmi Sayonara Boys seperti Youtube, Spotify, Tidal dan lain-lain.

False Kin mengisahkan tentang pertarungan dunia melawan kemusnahan dan malapetaka. Bagaimana dunia ditipu oleh sang raksasa yang memanipulasi dengan lidah manisnya hanya untk membawakan kehancuran.

Menarik tentang penulisan lirik False Kin, Sayonara Boys menyampaikan mesej bahawa kebenaran akan sentiasa hadir kepada mereka yang mencarinya. Kadangkala yang menumpaskan musuh utama bukanlah seorang adiwira tapi sebaliknya hanya sekadar sebuah bidak di atas papan catur.

Di tengah-tengah kerungsingan akan isu peperangan di antara Rusia dan Ukraine, Sayonara Boys mengambil langkah bijak dengan meluncurkan False Kin. Secara tidak langsung para pendengar dapat merefleksi diri akan kesan peperangan terhadap diri dan masyarakat sekiranya benar-benar terjadi.

Dengarkan False Kin di platform strim Spotify, Youtube, Tidal, Apple Music, dan pelbagai lagi. Ikuti juga laman sosial rasmi Sayonara Boys di Facebook, Twitter dan Instagram untuk kemas kini karya terbaru mereka.

Facebook

Twitter

Instagram

Spotify

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅