‘Kau Selalu’ – Rindu Tidak Berpenghujung Ordin J

oleh Aniq Ammar Ekhwan
1.4K bacaan

Moden dan segar, itulah ungkapan pertama aku ketika mendengar debut single Ordin J bertajuk Kau Selalu yang dilancarkan pada 23 Jun 2023. Lagu ini juga kalian boleh dengar di semua platform strim digital.

Ordin.J ialah duo muzikal berpusat di Kota Kinabalu, Sabah yang terdiri daripada Jordan Sufie di bahagian vokal dan Rafi sebagai pemain dram. Menjadikan Alternative Rock sebagai paksi utama, aku rasakan mereka ini sesuatu yang harus kita lihat, cuma aku tertanya mengapakah mereka sukar menembusi pasaran Semenanjung?

Pendapat aku, banyak artist/band baharu dekat semenanjung dan mungkin pendengar terlepas pandang dengan keluaran baharu di bahagian Borneo. Mungkin pendengar perlu beri ruang & peluang untuk mendengar keluaran lagu-lagu daripada Sabah & Sarawak juga. Band/Artist dari Sabah dan Sarawak juga perlu step up sedikit dari segi creative marketing agar boleh reach pendengar dari Semenanjung Malaysia.

Kau Selalu menceritakan tentang rindu seorang anak yang tidak berpenghujung kepada seorang insan bergelar ibu. Menurut mereka, lagu ini tiada dalam perancangan asalnya namun setelah mendapat lirik dari Rafi, mereka mendapati lagu ini sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh dan membuat keputusan untuk melancarkannya dahulu.

“Kau Selalu” merupakan sebuah lagu yang khas kami tulis untuk ibu kami yang telah kembali kepada-Nya. Lagu ini merupakan luahan hati daripada kami tentang kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

 

Saya berbesar hati untuk berkongsi lagu yang sangat peribadi ini dengan dunia,Ia adalah cara saya memberi penghormatan kepada ibu tercinta dan mengharungi emosi kompleks yang datang bersama kesedihan. Saya berharap lagu ini bergema dengan orang lain yang mengalami kehilangan dan memberikan rasa ketenangan dan pemahaman.

Aku juga diberitahu tentang proses rakaman mereka di mana dilakukan secara DIY dan ini merupakan jawapan mereka:

Proses recording, home studio recording dikendalikan oleh Jordan. Mengambil masa yang agak lama kerana banyak gubahan yang dilakukan terutama di vocal arrangement. The reason kita mix sendiri kerana disebabkan bajet. Sebagai band yang hanya mempunyai 2 orang ahli, commitment dia lebih besar. Jadi kami bercadang untuk mix & master sendiri untuk save budget.

Bila dah dengar keseluruhan, aku merasakan mereka ini ikhlas bukan sekadar dalam penyampaian lagu tetapi juga dalam meluahkan kasih sayang mereka. Untuk aku, kualiti sebegini sudah cukup untuk menembusi pasaran tambahan pula sokongan dari para pendengar juga tinggi. Aku mengharapkan mereka akan datang ke semenanjung membuat persembahan di mana-mana festival. Cuma aku mengharapkan rilisan seterusnya mungkin boleh ditambah lagi bunyian ‘ambience’ dan vokal ‘reverb’ dikurangkan sedikit agar tampak lebih kacak di situ.

Syukur Alhamdulillah penerimaan yang positive daripada pendengar dan peminat baru Ordin.J. Ordin.J merupakan band yang baru debut dan untuk berterus-terang, memang agak sukar untuk tembus dinding “artis baru” itu lebih-lebih lagi independent artist. Tapi in shaa allah kami percaya dengan usaha akan membuahkan hasil. In shaa Allah September nanti kami akan keluarkan lagu baharu lagi.

Semoga kalian terus maju dan dapat membuat persembahan di Semenanjung Malaysia. Aku menunggu kedatanganmu.

Ikuti Ordin J di:

Facebook

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅