Tidak berdiam diri ketika pandemik Covid-19 melanda negara kita, Budak Nakal Hujung Simpang (BNHS) terus mengukuhkan prestasi mereka dengan single terbaharu berjudul Labu.
Masih mengekalkan elemen ska/ reggae, video muzik (MV) bersahaja lagu ini siap dirakam secara ‘LIVE’ di Angkasa Event Space, Cheras dan mendapat pengarahan oleh jurukamera muda berbakat, Aqil Muaz dan dibantu oleh dua jurukamera lain, iaitu Wady Zainul dan Ken Azrain.
Labu dicipta sepenuhnya pemain Alto Saksofon BNHS iaitu Amirul Hakim. Dia mendapat inspirasi dari kejadian sebenar yang menimpa dirinya setelah menjadi mangsa penipuan akibat terlalu percaya dengan janji palsu bersifat retorik.
Lirik lagu pula ditulis oleh vokalis utama BNHS, John Bear. Mengambil pesanan orang tua zaman dahulu – “Si Luncai terjun dengan labu-labunya,” kritikan sosial dalam lirik lagu ini dihasilkan bagi pendengar menghayati dan berfikir supaya lebih peka dan tidak mudah tertipu.
Dia berkata, “Perspektif tersebut diambil kerana rakyat ibarat Luncai manakala pemerintah ibarat Labu yang sering menabur janji. Kalau Labu hanyut di dalam air, Labu masih boleh terapung. Tetapi, Luncai hanya hamba yang akan terus hanyut menanti padah.”
Idea rakaman MV lagu ini mendapat seliaan AG Coco dan Emeirul Ashraf. Illustrasi kulit lagu juga diilhamkan oleh John Bear seterusnya diterjemahkan mengikut kreativiti seorang pelukis muda, Lizzie Zany. Proses rakaman lagu dan MV mendapat bantuan dari badan kerajaan CENDANA.
Labu boleh mula dinikmati pada 31 Julai 2021 di semua aplikasi muzik digital manakala MV boleh ditonton di laman YouTube BNHS pada hari yang sama. Lagu ini merupakan salah satu lagu dari album terbaru BNHS yang bakal keluar tidak lama lagi.
Budak Nakal Hujung Simpang terdiri daripada:
1. John Bear – vokalis
2. Sam Thomas – Dram
3. Haziq Alias – Perkusi
4. Amer Firdaus – Gitar
5. Suffren G. – Bes
6. Fiffy D. – Keyboard
7. Syed H. Daniel – Saksofon
8. Hakimi Lampy – Saksofon
9. Iskandar Bae – Trumpet
10. Montel N. – Trombon
11. Ad Wafri – Bariton
Ikuti mereka di: