Kuala Lumpur Jadi Perhentian Akhir Mr. Big Sempena Jelajah The BIG Finish

oleh Music Addicts Malaysia
735 bacaan

Kumpulan rock popular Amerika, Mr. Big akan membuat persembahan dalam jelajah akhir mereka ke seluruh dunia yang dinamakan “The BIG Finish”. Kumpulan yang ditubuhkan pada 1988 ini terkenal dengan lagu-lagu hits “To Be With You”, “Just Take My Heart” dan “Wild World”. Mereka telah memulakan jelajah ke seluruh dunia mulai Jepun pada 20 Julai 2023 lalu.

Shiraz Projects berbesar hati untuk membawa Mr. Big ke Kuala Lumpur pada 14 Ogos 2023, sebagai persinggahan terakhir dalam rangkaian Asia “The BIG Finish” mereka.

“Dengan durasi lebih 35 tahun dalam industri muzik dan pelbagai hits, kami teruja untuk membawa Mr. Big yang merupakan kumpulan legenda ke Kuala Lumpur dalam jelajah istimewa ini”, kata pengarah Shiraz Projects, Shirazdeen Karim. Kumpulan itu akan membuat persembahan di Zepp KL, sebuah lokasi yang benar-benar berada di tengah- tengah kotaraya.

Mr. Big terdiri daripada vokalis utama Eric Martin, pemain bass/vokalis Billy Sheehan dan pemain gitar/vokalis Paul Gilbert. Menyertai mereka jelajah ini adalah pemain dram, Nick D’VIrgilio. Beliau melangkah masuk untuk mengantikan pemain dram/vokalis Pat Torpey yang meninggal dunia pada 2018 selepas pertempuran heroik dengan penyakit Parkinson.

Termasuk dalam senarai lagu konsert The BIG Finish ini kelak adalah lagu-lagu dari  album  yang meraih penjualan platinum iaitu album yang dihasilkan pada tahun 1991, Lean Into It. “Kami akan mempersembahkan album Lean Into It secara keseluruhan, termasuk hit No. 1 kami, “To Be With You”, dedah  mereka dalam catatan laman sosial Facebook.

Terkenal kerana menggabungkan pelbagai gaya seperti hard rock dan pop, Mr. Big sangat tidak sabar untuk bermain untuk peminat mereka buat kali terakhir.

Tiket telah dijual pada 11 Mei  2023 lalu di platform tiket www.myticket.asia. Untuk berita terkini dan kemas kini tentang konsert ini, sila lawati platform media sosial Shiraz Projects.

MR BIG THE BIG FINISH TOUR – KUALA LUMPUR

Date : 14 August 2023 (Kuala Lumpur)

Venue :  Zepp Kuala Lumpur

Ticket Prices   :  RM700 (VIP),

RM358 (Diamond – Standing),

RM258 (Platinum – Standing),

RM358 (Gold – Seated)

RM258 (Silver – Seated)

Ticketing : www.myticket.asia

Contact   : 03-86050196

Info. Hotline   : 012-2560082

Website : www.shirazprojects.com

Instagram : shirazprojects

Website : shirazprojects

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅