Artikel sumbangan: AzamRhadio
Berbekalkan nama Lasso, empat pemuda kacak kelahiran semenanjung tanah melayu mengembalikan nostalgia rock & roll istimewa sebagai halwa telinga para muda-mudi masa kini terutama wanita dari golongan bangsawan mahupun marhaen.
Ary dengan penuh kejantanan berada di posisi paling hadapan, ditemani rakan sepentas, Putera yang mengendalikan tali-tali irama, Apai ketua department tali-tali besar serta kaki pukul yang penuh bertenaga, Ancik.
Kugiran ini baru sahaja melancarkan single pertama mereka, Waneeta! berserta video muzik (MV) rasmi pada 31 Mei 2023 dan penulis berpeluang menemubual Ary untuk mengupas latar belakang formasi ini.
3 soalan bersama Lasso
- Kenapa rock & roll?
Sejujurnya secara peribadi aku dah lama rindu dengan genre rock&roll..memandangkan untuk generasi aku sekarang yang selalu digembar-gemburkan generasi bbnu, aku sentiasa tertunggu-tunggu kelahiran band rock&roll untuk generasi kini..
Agak sedih untuk aku katakan yang aku tak dapat apa yang ditunggu..kebetulan ada satu hari tu, di sebalik kepulan asap yang aku hembus kemas, aku teringat sebuah kata-kata hikmat “kalau takde orang baik, biar kita sendiri yang jadi orang baik tu”..
haha cuma sekarang aku zahirkan kata-kata hikmat tu ke arah genre yang aku minat..”kalau takde band rock&roll untuk generasi baru, biar aku sendiri yang bikin..ayuh!”
- Berapa banyak karya yang telah dihasilkan?
Alhamdulillah sejak kemunculan awal tahun lalu which is tahun 2023, Lasso dah berjaya hasilkan 5 lagu yang berjudul ‘Waneeta’, ‘Rilek luu, London Belum Siang!’, ‘Semalam D Cafe Rockstar’, ‘Elgibity’, ‘Pak Pandir Sewaktu Bujang’.
Tapi, haaaa ada tapinya haha..kalau dicari-cari di mana-mana digital platform, korang hanya akan ketemu dengan ‘Waneeta’ sahaja buat masa ni.
Actually kami dalam perancangan untuk mengeluarkan yang lain-lainnya dalam bentuk cetakan fizikal. InshaaAllah kita tengok macam mana nanti, bak kata orang dulu-dulu, lebih baik mendoakan daripada menduakan..cewahhh haha.
- Kenapa memilih ‘Waneeta’ sebagai single pertama?
“jiran awak dah makan?”
“kenapa jiran saya?”
“jiran awak pun saya ambil berat, apatah lagi awak.”
Cukup dengan situasi ini korang boleh tau kenapa kami memilih Waneeta sebagai episod pengenalan Lasso.