Night Thoughts adalah album studio kelapan band alternatif rock dari UK, Suede (The London Suede untuk pasaran US). Dilancarkan pada 22 Januari 2016, lima tahun lepas. Ed Buller, produser yang pernah bertanggungjawab untuk menerbitkan album mereka sebelum ini, kembali menggalas tugas untuk album ini. Album ini juga disertakan bersama filem pendek dengan tajuk yang sama, yang diarahkan oleh Roger Sargent.
Ketika jelajah sempena mempromosikan Night Thoughts, mereka membuat persembahan di belakang skrin di mana filem itu ditayangkan untuk separuh masa pertama persembahan mereka. Night Thoughts dikritik sebagai hasil kerja terbaik mereka sejak Dog Man Star yang dikeluarkan pada 1994.
Lima single dikeluarkan untuk mempromosikan album ini, Outsiders, Like Kids, Pale Snow, No Tomorrow dan What I’m Trying to Tell You.
Peminat Suede, apa pendapat kalian tentang album ini? Adakah Night Thoughts mampu melepaskan rindu kalian pada Suede era 90’an dahulu?
#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #Suede #NightThoughts #AnniversaryAlbum