Kugiran Energetik Post Hardcore Kuala Lumpur, May Of Scarlet baru sahaja melancarkan single Menangislah pada 11 Februari 2022 di saluran Youtube Rasmi mereka.
Tidak seperti lagu-lagu yang pernah mereka lancarkan sejak tahun 2020, Menangislah lebih ke hadapan dengan elemen emosi dan merupakan sebuah pesanan buat kita semua bahawa apabila kita menangis bukan kerana kita lemah, itulah punca kekuatan hadir dari jiwa. Walau seberat mana pun beban dan dugaan yang kita tampung di bahu, menangis merupakan salah satu cara terbaik untuk kita lepaskan segala kesakitan.
Jika berat kau menangislah,
Lepaskan semua yang kau simpan,
Lepaskan!
Namun begitu, sejak single ini dilancarkan terdapat beberapa komen yang tidak menyenangkan di ruangan komen Youtube dan Twitter di mana isu plagiat telah dibangkitkan oleh sesetengah pihak. Ada yang berbaur double meaning dan ada yang terus cop band ni meniru Bring Me The Horizon (BMTH) di lagu Go To Hell For Heaven’s Sake
“Ni lagu original atau memang BMTH cover? ” -thejamesonproject-
“Bring Me The Horizon – “Go To Hell, For Heaven’s Sake” [Bahasa Melayu Cover]” – Krab Kor-
“Go To Hell For Heaven Sake” MOS🔥 – Arill ZIL Zakireen-
“Macam Tres Empre” -@dontfightaqmal-
Penulis berkesempatan menghubungi vokalis mereka iaitu Safwan Abu Samah untuk mengetahui cerita sebenar dan berikut merupakan jawapan beliau:
“Tentang isu ini, terpulang kepada masing-masing tapi pada aku, ini adalah muzik yang aku nak buat. Aku sendiri kalau buat lagu memang refer kepada Bring Me The Horizon dan Bad Omens. Nak kata tiru pun tak sebab elemen diorang memang aku suka. Aku sendiri dengar, belajar dan apply pada lagu yang aku tulis. Susah nak cerita sebab ni lain orang lain pendapat.”
Pendapat penulis di sini, isu copycat dalam lagu ini telah lama muncul. Kita dapat melihat beberapa kugiran hebat di Malaysia mengambil beberapa lagu di luar negara, tukar lirik dan tukar paten sedikit sahaja terus jadi lagu sendiri. Tiada siapa pun yang marah kerana mereka merupakan band besar. Kalau band kecil melakukan perkara yang sama? Terus dijadikan bahan perli di sosial media. Sangat tidak adil di situ. Jika kita lihat dengan lebih luas, band di Indonesia lebih drastik kerana ada di antara lagu mereka yang sudah terang lagi bersuluh sama seperti lagu BMTH. Namun rakyat di sana tidak marah mahupun tidak memaki, malah lebih menyokong apa yang mereka buat. Nasihat penulis? Apa kata kita memberikan sokongan yang jitu agar industri muzik di Malaysia tidak mati dan mendoakan muzik Malaysia terus berkembang. Jangan marah haa nanti kena jual!
Sejajar dengan single ini, Safwan juga memberitahu bahawa ini berkemungkinan single terakhir May Of Scarlet sebelum acara pelancaran album pertama mereka yang berjudul “Menangislah” yang bakal diadakan pada 20 Mac 2022 bertempat di Angkasa Event Space Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang anda untuk berada di sana! Segala Informasi kalian boleh menghubungi Shahrul melalui Whatsapp di talian 0172303058.
Tahniah atas pelancaran Menangislah. Semoga kalian terus maju. Hiraukan kata-kata yang terbit di bibir mereka kerana dengan itulah kalian bisa berdiri tegak hingga ke hari ini. Adios!
Ikuti May Of Scarlet di: