Mesej Anti-Perkauman Dari Danella

oleh Aniq Ammar Ekhwan
2.3K bacaan

Baru-baru ini, penulis dikejutkan akan kehadiran sebuah band berteraskan Deathcore/ Slam iaitu Danella yang baru sahaja melancarkan single kedua mereka iaitu Racist di Youtube pada 6 Jun 2021.

Kali terakhir penulis melihat mereka beraksi ialah pada 2019 di Garage Studio dan persembahan mereka cukup menakjubkan lagi-lagi vokalis mereka dari awal hingga akhir melontarkan pig squeal yang padu di setiap sudut lagu mereka. Tak letih ke? Hahaha sakit tekak tau.

Danella berasal dari Ipoh, Perak dan dianggotai oleh Wan sebagai vokalis, Atok dan Ajib di bahagian guitar, Lee sebagai pemain bass dan Aril sebagai pemain dram. Namun mereka juga mengambil Deli dan Zaim sebagai sessionist di bahagian guitar dan dram. Hmm Zaim ye? Macam pernah dengar nama ini tapi di mana ya. Hehe buat yang tidak mengenali, Zaim ini merupakan pemain dram dari band Moneybag 1327.

Dari awal lagu ini dimainkan, penulis agak terkesima dengan permainan instrumen yang disampaikan oleh setiap ahli band. Sungguh berlemak dan memberi impak yang baik terutamanya tone guitar mereka yang berat dan membuatkan penulis ingin bertumbuk kerana merindui gig. Kredit harus diberikan kepada Wan kerana mampu memberikan sebuah kelainan dalam jeritan amarah. Bukan itu sahaja, jika diberi peluang yang sewajarnya, mereka ini mampu berdiri sama tinggi dengan beberapa band lain seperti Bunuh Diri, Behind the Death, Cycryptic dan Purbawara.

Dari sudut lirik pula, walaupun agak straight forward dan comel namun penulis menghargai usaha band dari Ipoh ini untuk terus berkarya dan menyampaikan mesej yang seharusnya buat manusia di luar sana yang bersifat perkauman. Ipoh ni sememangnya banyak menyimpan permata yang tersembunyi lagi-lagi muzik metal. Jika sebelum ini penulis mengenali Cycryptic, kali ini penulis mengenali Danella pula. Sungguh mengujakan.

Tahniah buat Danella atas pelancaran single terbaru. Penulis mendoakan kalian sukses di luar sana dan mereka ini dalam usaha menyiapkan album yang pertama. Penulis juga tidak sabar untuk melihat mereka beraksi di pentas gig satu hari nanti. Adios!!

Ikuti Danella di:

Facebook

Instagram

Twitter

#EkhwanFuentes

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅