Midwest Emo Yang Bikin Ketagih; Mascot Luncur EP ‘Penutup’

oleh Mohd Asyraf Firdaus
1.9K bacaan

Midwest Emo merupakan salah satu cabang yang wujud dalam subgenre Emo dan mula popular pada dekad 90an di Amerika Syarikat. Ia mengambil tafsiran berbeza daripada akar hardcore punk band-band Emo sebelumnya dan meneroka sisi indie rock dan math rock dalam progresi muzikal. Jika di Malaysia, Playburst adalah band yang dikenali membawa nuansa ini.

Untuk ulasan kali ini, kami bawakan sebuah unit yang direalisasikan oleh seorang anak muda berjiwa berani mengambil keputusan pada tahun 2017 untuk menubuhkan band yang dikenali sebagai Mascot bersama sepupu beliau. Sebelum ini, mereka pernah menerbitkan dua demo yang diperdengarkan dalam genre pop-punk. Kemudian, ia dipasakkan bersama pengaruh band-band yang menjadi kiblat rujukan Aiman Zamir seperti Tiny Moving Parts, Mom Jeans, Hot Mulligans dan banyak lagi lantas memulakan langkah solo dengan terbitan EP berjudul Penutup sebagai permulaan baharu dalam karier seninya. Lebih menarik lagi semua instrumen didalam EP ini dirakam sepenuhnya oleh Aiman Zamir berseorangan.

Theres something about midwest emo yang sangat special bagi saya. The blend of complex and open riffs dengan vocals yang catchy buat genre ni senang untuk ramai dengar. Bagi saya personally, genre ini ada tarikan khusus kepada guitarists. Saya discover genre ni pada 2018 through Tiny Moving Parts punya MV untuk lagu Caution, and lepas dengar the guitar work, saya terus kagum dan pasang pada diri, “Okay, this is so fun to play, how do I make something like this?”. After some times practicing the style and belajar open tuning, last year saya mengambil inisiatif untuk hasilkan something with that sound, which is Penutup! – Aiman

EP Penutup yang memuatkan empat buah trek ini dimulakan dengan lagu yang berjudul Pulang, sebuah naskah yang sangat catchy. Dengan permainan gitar dan progresi kord yang dinamik serta paten dram yang padat, ia memudahkan lagu ini diterima pendengar kali pertama. Penulisan lirik juga mampu membuatkan penulis meresap bersama-sama untuk merasai kesedihan yang cuba disampaikan. Lagu ini membuatkan pendengar seperti penulis tidak mahu berhenti menikmati tawaran-tawaran menarik daripada Mascot!

Kemudian, pengembaraan EP ini diteruskan dengan Sekian. Paling menambat hati adalah bait-bait liriknya yang membuatkan penulis turut ingin bernyanyi bersama. Penulis tidak dapat menggambarkan bagaimana perasaan jika mendalami lagu ini, sedih semestinya ada tapi dalam masa yang sama pastinya lagu ini akan diulang berkali-kali. Inilah trek kegemaran penulis. This can be the soundtrack when you’re sad but in the meantime still needs a little bit of happy vibes. Gituh!

Sekian ku ingin, milik aku selamanya…

Trek ketiga, Lupa merupakan sebuah trek yang menenangkan kerana strumming play yang dimuatkan pada awal, tengah dan penghujung lagu ini membuatkan ia ketagih untuk didengari.

Trek terakhir berjudul Penutup. Penulis mula nampak persamaan dari segi tone, drum fills dan juga guitar work . Penulis sebenarnya mengharapkan sesuatu yang lebih dalam trek akhir ini kerana ia boleh membuatkan pendengar sedikit tepu sekiranya paten dan fill yang seakan sama diulang-ulang dari awal hingga akhir EP. Tetapi tak mengapa, trek ini tidak menjejaskan reputasi EP ini secara keseluruhan. Ditanya tentang perkakasan yang diguna untuk merakam EP ini, Aiman menjawab:

Sejujurnya, it could be better. Tapi sebab saya masih belajar selok belok commercial audio production dengan sendiri, EP ini terhasil dengan skills yang saya ada pada masa itu. Hardware saya pakai adalah Steinberg CI2 interface, Neusonik NEO5 monitors, dan mic ADK-TL. Software pakai Cubase 5 dengan pelbagai plugin dari FabFilter, SSL dan Izotope. My guitar is just a China copy strat, tapi professionally setup dari Ray dari Guitar Hospital! Great work they do there.

Penulis sememangnya tabik hormat atas skil yang dimilki Aiman ini. Ia bukan tentang peralatan sama ada mahal ataupun murah. Walaupun gitar yang digunapakai oleh Aiman merupakan sebuah gitar “ciplak” dari China, namun skil yang bagus bergabung bersama idea yang berada di luar kotak akan mampu menghasilkan sebuah EP yang fenomenal seperti ini.

Ribuan tahniah buat Aiman kerana tampil dengan EP ini sekaligus menarik minat ramai pendengar kali pertama yang menikmatinya. Buat para pentegar muzik di luar sana, nantikan video muzik bagi lagu Sekian dan EP baharu yang akan menjengah pada bulan Mei 2022!

Ikuti Mascot di

Instagram

Twitter

 

 

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅