Avicii merupakan satu nama DJ superstar paling gempak dalam arena EDM-pop yang pernah mendominasi generasi milenial sekitar 2010-an. Lagu popular beliau ‘Wake Me Up‘ adalah sangat besar dan di Malaysia sendiri, semasa kemuncak tahun 2013 ia berkumandang di hampir kesemua stesen radio pelusuk bandar dan kampung.
“So wake me up when it’s all over… ‘ hampir segenap lapisan masyarakat ketika itu, dari clubber-clubber maut lereng Zouk kepada mat-mat bunga dan rempit turut sama menghangguk-hangguk lirik dan melodi stab synth lagu berkenaan. Ada juga yang menangis bila mendengar lagu itu kerana mesej kehidupan di dalamnya.
Namun, satu peristiwa paling tragis yang berlaku pada tahun 2018 telah menimpa dan menamatkan riwayat DJ superstar ini.
Pada pagi 20 April 2018, mayatnya telah ditemui di satu kediaman penginapan mewah Muscat Hills Resort yang terletak keliling ladang kurma dan oasis di Muscat, ibu negara Oman.
Kematian Avicii itu menimbulkan banyak spekulasi tentang asbab kematian beliau. Ramai yang mengatakan akibat dadah (overdose), namun bedah siasat polis Oman mendapati bukan kerana penyalahgunaan, “Roger and out… Avicii mati kerana sebab biasa dan kami tidak mendapati sebarang unsur khianat”
Akhirnya, kematian tragis Avicii ini sepakat diklasifikasikan sebagai bunuh diri.
DJ Avicii atau nama sebenarnya Tim Bergling berasal dari Sweden dan hanya berusia 28 tahun ketika ditemui mati. Seawal usia 8 tahun, dia telah mula menjalankan ‘remix‘ lagu-lagu secara runcit di bilik tidurnya dan ketika 22 tahun, dia telah mengeluarkan single ‘Level‘ (runut bunyi Despiscable Me) dan berkongsi deck dengan David Guetta di pentas konsert dan festival.
Perkara ini sesuatu yang pelik kerana sebagai DJ superstar yang berpengaruh dengan lagu-lagu ‘mix‘ hebat yang didengar seluruh dunia, hidup beliau pastinya dikelilingi syurga, wanita dan kegembiraan namun, hakikat sebaliknya terjadi kepada Avicii.
Sebelum kematiannya, Avicii ada mengakui dia berasa penat mengharungi kira-kira 800 jelajah konsert dari arena ke arena seluruh dunia, yang sebenarnya memberi kesan buruk kepada tahap kesihatan beliau. Akibatnya, beliau juga telah mengambil keputusan berhenti meneguk arak.
Dia juga pernah meluahkan tentang keadaan mental beliau yang dikatakan semakin merosot. Adakalanya, dia berasa terpinggir di celah-celah kemasyhuran dan pengalaman itu menurutnya, sesuatu yang perit untuk ditempuh keseorangan.
Kesan daripada kematian beliau juga, keluarganya telah menubuhkan Yayasan Tim Bergling yang khusus untuk membantu, merawat dan menyokong mereka yang menghadapi masalah mental atau depresi serta menangani isu bunuh diri di kalangan remaja.
Mengapa Oman?
Selain itu, ramai yang tertanya mengapa Oman, satu negara di bumi Anbiya’? Apakah misteri dan yang terdapat di Oman sehingga Avicii mengambil keputusan berteduh di situ untuk nafas terakhirnya? Tiada apa sangat di negara Oman, kecuali Too Phat pernah menyanyi dalam dalam lagu ‘Jezzebelle’ mereka – “until I caught her fuckin’ wit’ this old man from Oman”.
Persoalan tersebut tidak dapat dijawab oleh sesiapa sehingga sekarang selain lambaian pokok kurma yang menjadi saksi kematian beliau di situ.
Gambaran tempat kematian Avicii di Oman menunjukkan suasana tenteram di persekitaran ladang kurma dan penginapan mewah Muscat Hills Resort, Oman.
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama tetapi DJ yang hebat mati meninggalkan legasi lagu-lagu dan pusaka remix yang sentiasa diingati semua orang.
Pesanan Avicii
‘So wake me up when it’s all over‘, lagu keramat beliau tentunya menyampaikan pesan daripada Avicii di kuburan yang sangat bertepatan pada masa pandemik ini iaitu apabila segalanya telah berakhir dan dunia kembali reda sediakala, kejutkanlah kita semua ke era baharu yang lebih ceria dan indah.
#ChivasAlexandria