Panggung Malaya Pop Vol. 2 Gabung Artis 2 Negara: Cakra Khan, Hafiz Suip dan Marsha Milan

oleh Khaliq G
212 bacaan

Tiada mukadimah panjang diperlukan untuk kita memperkenalkan figura besar dari negara jiran, Cakra Khan. Cukup dikenali dengan kehebatan suaranya, Cakra kembali lagi ke Malaysia untuk menghiburkan peminat setianya!

Tidak cukup dengan konsertnya Februari lalu, Cakra kembali berpentas, kali ini di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM pada 4 Mei 2024, Sabtu. Konsert yang dibawakan oleh Ayam Gepuk Top Global X Panggung Malaya Pop Vol 2 menjanjikan satu pengalaman berbeza buat para peminat beliau apabila konsert ini bakal diiringi oleh Orkestra Kuala Lumpur, dibarisi seramai 32 pemuzik hebat dan berpengalaman.

Deretan lagu-lagu popular Cakra seperti Kekasih Bayangan, Setelah Kau Tiada, Harus Terpisah, dan Seluruh Cinta pasti saja menjadi umpan utama buat para peminat datang memenuhi UKM Bangi pada hari esok. Keampuhan vokal jantan Cakra berserta suara serak-serak basahnya, tentu saja membuatkan penonton leka sepanjang konsert berlangsung pada malam esok.

Tidak cukup dengan itu, konsert tersebut juga bakal dihangatkan juga dengan persembahan hebat Hafiz Suip dan Marsha Milan. Kedua-dua vokalis A-list di Malaysia yang tidak perlu dipertikaikan keupayaan mereka bernyanyi secara langsung, semestinya memberikan tenaga luar biasa pada malam konsert nanti.

Buat peminat yang tidak mahu ketinggalan untuk berhibur dengan persembahan hebat Cakra, Hafiz dan Marsha, tiket masih boleh dibeli dengan cara scan pada QR di bawah;

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅