Huckle B Production Mempersembahkan “Traditopia”: Sebuah Gabungan Budaya Tradisi Malaysia dan Muzik Kontemporari

oleh Music Addicts Malaysia
844 bacaan

Huckle B Production telah melancarkan sebuah projek bernama Traditopia, yang membawakan sebuah penghormatan dinamik kepada muzik tradisional kontemporari Malaysia dengan memberikan gambaran semula pengalaman merentasi masa lampau dan masa kini melalui komposisi dan gubahan muzik kepada pendengar tempatan serta pendengar antarabangsa. Projek ini merangkumi penghasilan album muzik fizikal, Showcase, dokumentari, rakaman muzik video, dan kelas pengajaran, yang dijadualkan berjalan setelah berlansungnya Traditopia Showcase, pelancaran video muzik dan dokumentari. Komponen-komponen ini secara keseluruhannya menawarkan satu penjelajahan yang merangsang intelektual terhadap warisan budaya Malaysia.

Di bawah bimbingan pengarah projek Dr. Hajarul Bajunid, Traditopia telah berkembang dengan sokongan Kementerian Komunikasi Malaysia dan Dana Kandungan Digital MyCreative Ventures. Visi Dr. Hajarul menerusi penghasilan album “Traditopia: Nukilan Etnografi” ini bertujuan untuk memberi nafas baharu dalam mengekalkan ceritera dongeng Melayu melalui muzik yang disuntik dengan gaya kontemporari, termasuk jazz, funk, fusion, dan muzik klasik barat.

“Selaras dengan objektif menyeluruh UNESCO, Traditopia berfungsi sebagai persekitaran menyeluruh yang memupuk penyebaran warisan budaya dan pendidikan. Ia mempersonifikasikan hubungan simbiotik antara pemodenan dan tradisi. Kami turut berbesar hati untuk mengambil bahagian dalam memeriahkan Hari Jazz Antarabangsa 2024 dengan penganjuran Traditopia Showcase, yang akan bertindak sebagai wakil Malaysia dan mempamerkan warisan budaya dengan cara tersendiri pada skala antarabangsa.” katanya.

Mohd Najib Abdul Shukor, penerbit dan Rizal Tony, penerbit bersama, bertanggungjawab dalam menghasilkan album yang diharapkan mampu menarik pelbagai lapisan umur, disamping menjaga warisan muzik tradisional Melayu yang kekal pada abad ke-21 ini. Selain itu, penghasilan dokumentari yang dipimpin oleh Pengarah Kreatif, Elham Syah Abd Majid, menceritakan perjalanan projek secara kronologi, disamping menonjolkan usaha sama produksi muzik, rekaan kreatif, dan pengurusan produksi, dijadualkan untuk disiarkan pada Jun 2024. Karya seni yang kreatif untuk projek ini turut dipengaruhi oleh rekaan album yang unik oleh Mohamad Zulhizami, serta konsep foto dan imej berbentuk kontemporari oleh jurugambar profesional Firdaus Jusdean.

Album ini, yang mempamerkan gabungan harmoni antara alatan muzik tradisional dan muzik kontemporari, menghidupkan semula naratif-naratif legenda dan sejarah Melayu melalui bakat-bakat tiga belas orang pemuzik dan empat orang pencerita. Ia termasuk komposisi-komposisi oleh Rizal Tony, Hajarul Bajunid, dan Dollah Gambus al-Linggi.

Para pemuzik adalah Rizal Tony (Gitar), Hajarul Bajunid (Piano/Sintetizer), Harry Bakhari (Gitar), Chewan (Bass), Dollah Gambus al-Linggi (Gambus), Kamrul Hussin (Perkusi Melayu/Serunai/Rebab), Ali Adha (Seruling/Flut), Zaiff Sharqil (Violin), Faezah Darwish (Vokal), Eryn Gani (Vokal), WardinAlya (Penyanyi Latar), Hanif Mazelan (Penyanyi Latar), Ruviyamin (Dram) serta empat orang pencerita. Mereka adalah Zulkifly Tony Abdullah, Angela Mary Pinto, Ivan Joseph Pinto, dan Colleen Margaret Pinto.

Traditopia Showcase akan diadakan pada bulan Oktober 2024, dan tarikh akan diumumkan kelak. Persembahan langsung yang bakal dipersembahkan ini dijangka dapat memberikan pengalaman yang menarik.

Nantikan pelancaran album Traditopia:Nukilan Etnografi akan diadakan pada 11 May 2024 bertempat di Huckle B Rehearsal Studio Shah Alam.

Dapatkan CD album Traditopia : Nukilan Etnografi di Huckle B Rehearsal studio atau hubungi di talian 011- 25488089.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅