Jay Ridzwan, frontman Hey Jay! yang tidak asing lagi, pernah merangkul anugerah The Best Rock Song di Indie Songwriting Awards-Spring 2021 (USA) pada Ogos yang lepas bagi lagu Never-End yang beliau bawakan bersama band tersebut. Kini, Jay melakukan percubaan berani mati melalui kerjasama dengan Ian Tai, pengasas projek solo The Sunday Cup di mana sebelum ini telah menerbitkan beberapa buah lagu seperti Ocean dan You Had the Face of God.
Lagu berdurasi 1 minit 58 saat ini agak mengejutkan penulis kerana tempohnya yang agak singkat. Namun, permulaan lagu dengan sample bass dan bunyian gitar yang retro boleh tahan catchy juga. Sedap! Elemen reverb pada vokal Jay juga menambat hati penulis kerana lagu ini memberikan penulis goosebumps sepanjang mendengarnya lebih-lebih lagi sewaktu pemanduan malam. Penulis juga tidak menyangka Jay yang kita kenali dengan suaranya yang sebati dengan lagu-lagu bergenre indie-rock mampu membawakan lagu poppy sounds sebegini.
Bahagian yang sangat penulis gemari adalah di bait lirik “…how could you say that I needed you, now you’re gone..” yang menampilkan gaya vokal Jay yang ditarik sedikit high-pitch. Memang nice! Lagu ini juga berentak progresif, tiada korus atau kemuncak lagu yang menginzalkan dan penulis merasakan ia wajar dipanjangkan sedikit kerana penamatnya hanya sekadar bunyi fade-out lalu lagu terus sampai penamat. Macam ada tak puas je rasanya.
Tetapi Jay ada menyatakan bahawa lagu ini sememangnya diciptakan sebegini singkat. Ini bertujuan untuk menghadirkan elemen chill yang agak gothic.
Beliau(Ian Tai) menghasilkan lagu ini berbentuk ringkas dan pendek kerana dia pun ingin mencuba untuk memberi sesuatu yang baru kepada pendengar. Sebagai penulis lirik, ini juga adalah sesuatu yang baru bagi saya di mana saya ingin memastikan mesej dalam lagu ini dapat disampaikan dalam jangka masa lagu tersebut. Lagu ini menceritakan bagaimana kita sebagai manusia secara inner spirit berinteraksi dengan naluri dalaman diri sendiri melawan untuk tidak kembali melakukan apa jua niat atau tabiat buruk yang telah ditinggalkan
Penulis juga sempat menemubual Jay secara ringkas. Baca selanjutnya di bawah.
MAMY: Jika nak dibandingkan, Measure ini lebih kepada poppy sounds berbanding lagu Hey Jay!, “Never-End” yang pernah merangkul award di USA yang lebih kepada indie rock. Macam mana Jay Ridzwan boleh berani nak cuba pop sound ni? Tak risau rating jatuh?
JAY:Ini kali pertama saya terlibat dalam kolaborasi bersama penulis lagu lain di mana saya diberi peluang untuk menulis lirik dan menyanyi di dalam lagu ini. Secara peribadi, saya ingin mencabar diri sendiri untuk mencuba sesuatu kelainan dari segi menyanyi dalam genre yang lain serta menguji tahap versatility pada diri sendiri. Walaubagaimana pun, saya berpendapat ia takkan memberi kesan pada rating sebagai indie rock vocalist kerana identity suara saya dikekalkan sambil tidak lari dari objektif elemen pada lagu ini.
MAMY: Bagaimana Ian Tai boleh memilih Jay utk menyanyikan lagu ini? Adakah sebab pernah ada projek lain sebelum ni atau memang rapat?
JAY: Saya mengenali Ian Tai pada tahun 2018 di sirkit Open Mic Malaysia. Ini kali pertama kami berkoloborasi sesama sendiri. Pada tahun lepas, dia berkongsi di social media beliau instrumental track lagu ini dan ingin mencari rakan-rakan yang mahu cuba menyanyi pada track tersebut. Dari situ, saya tidak teragak-agak memberitahu beliau yang saya ingin mencuba. Setelah sekian lama menghantar track vokal kepada beliau, dia berpuas hati dan membuat keputusan untuk rilis lagu ini sebagai single.
Kesimpulannya, apa yang cuba diketengahkan oleh The Sunday Cup dan juga Jay Ridzwan ini masih boleh dikatakan segar dalam industri muzik Malaysia. Kita masih ketandusan muzik yang soundnya chill sebegini rupa. Harapan penulis adalah Jay dapat bekerjasama lagi untuk projek seterusnya bersama The Sunday Cup dengan hasil yang lebih mengancam. Ayuh kita nantikan video rasmi lirik bagi lagu Measure pada penghujung Oktober 2021 nanti.
Ikuti Jay Ridzwan dan The Sunday Cup di: