Pusaran Band Membawa Angin Syaitan Dalam Bilik Muzik Sekolah

oleh Aqil Syakir
453 views

Sekumpulan tiga pemuda dari Ipoh telah menyelusuri bidang muzik dengan menamakan band mereka Pusaran. Mereka juga dikatakan membawa konsep Grunge Roll dan Stoner Timur.

Baru-baru ini, Pusaran baru sahaja mengeluarkan sebuah single berjudul Angin Setan. Ia merupakan salah satu lagu untuk demo pertama mereka iaitu Pramatang.

Anda boleh lihat dan dengar lagu Angin Syaitan dengan menekan pautan di bawah:

Siapa kata kalau mahu menghasilkan lagu perlu sewa studio recording mahal-mahal? Kalau anda ingin tahu, demo pertama mereka direkod di bilik muzik sekolah mereka sahaja.

Pusaran dianggotai oleh:

  1. Daus = Vokalis dan gitaris depan (gitaris).
  2. Apiz = Gitaris tali besar (bassist).
  3. Benjo = Tukang ketuk (drummer).

Untuk sebarang info terkini mengenai Pusaran, anda boleh lihat Facebook dan YouTube mereka:

  1. Facebook: Pusaran.
  2. YouTube: Pusaran Original.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati