Selamat Hari Jadi Supersonic! — Lagu Yang Ditulis Dalam Masa Sehari Sahaja!

oleh Aqil Syakir
1.1K bacaan

Pada 11 April 1994, Oasis mengeluarkan sebuah lagu sulung yang berjudul Supersonic. Ia merupakan salah satu lagu daripada album sulung mereka yang mendapat populariti dari peminat muzik seantero dunia iaitu Deifinitely Maybe.

Oasis mula melancarkan persembahan sulung mereka di kaca televisyen dalam Live The World dengan lagu Supersonic ini. Daripada sinilah mereka mula digilai oleh penduduk British.

Supersonic” ditulis dan dirakamkan di studio rakaman The Pink Museum di Liverpool. Ia dikatakan lagu ni berjaya dicipta dalam masa satu hari sahaja tanpa sebarang pengubahsuaian.

Sebenarnya, Oasis pada mulanya ingin merakamkan lagu Bring It Down tapi tidak berjalan dengan lancar.

Kemudian, Noel mendakwa lagu Supersonic itu ditulis ketika ahli kumpulan sedang berehat dan pergi tapau makanan Cina. Semasa mereka sedang sedap melahap, Noel bereksperimen dengan riff gitar dan menulis lirik lagu Supersonic.

Anda mungkin tidak tahu yang lagu Supersonic ini mempunyai dua MV iaitu versi U.S dan U.K. Mereka merakam MV versi U.K di rooftop yang pernah digunakan oleh The Beatles untuk The Beatles Rooftop Concert dan MV Don’t Let Me Down.

Untuk versi U.S pula, MV itu menampilkan pemandangan luar angkasa, dalam kereta dan persembahan dalam bilik gelap.

Sumber:

  1. Oasis Recording Information.
  2. Filem Dokumentari Oasis: Supersonic.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅