SENARAI ALBUM TERLARIS DI DUNIA

oleh Azam Gilmour
637 views

Untuk muncul dalam senarai ini, setiap penjualan album mesti diterbitkan dari sumber yang boleh dipercayai dan album itu mesti terjual sekurang-kurangnya 20 juta salinan. Senarai ini mengandungi pelbagai jenis album, termasuk album studio, Extended Plays, singles, kompilasi pelbagai artis, kompilasi lagu-lagu terbaik, album runut-bunyi (Soundtrack) dan album remix. Angka yang diberikan tidak mengambil kira penjualan semula album yang sudah digunakan. Contoh seperti dibeli di kedai terpakai (Used).

Semua album yang disenaraikan mempunyai angka yang dituntut (claimed) yang disokong sekurang-kurangnya 30% dalam salinan diperakui (certified copies). Jumlah peratusan jualan juga perlu untuk album terbaru, jadi album yang dikeluarkan sebelum tahun 1975 hanya dijangka mempunyai angka yang dituntut dan disokong sekurang-kurangnya 30% dalam salinan yang diperakui.

Walaubagaimanapun, album baru, seperti 21 (Adele) dan Come Away with Me (Norah Jones), dijangka mempunyai angka yang dituntut dan disokong sekurang-kurangnya 70% dalam salinan diperakui. Salinan yang disahkan diperoleh daripada pangkalan data dalam talian (online) oleh persatuan industri muzik tempatan.

Inilah sebabnya mengapa album yang sepatutnya masuk ke senarai ini, seperti The Sound of Music (Pelbagai Artis), In-A-Gadda-Da-Vida (Iron Butterfly), Parallel Lines (Blondie), Spirits Having Flown (Bee Gees), Private Dancer (Tina Turner), Janet (Janet Jackson), Believe (Cher), Bolo Ta Ra Ra.. (Daler Mehndi), Human Clay (Creed), Laundry Service (Shakira) dan Back to Black (Amy Winehouse), belum dimasukkan.

Hasil daripada metodologi yang digunakan oleh badan-badan pensijilan Amerika dan Kanada (RIAA dan Music Canada), setiap album dalam satu set album pelbagai dikira sebagai satu unit, yang membawa kepada banyak album berganda (double album) dalam senarai ini, seperti The Wall – Pink Floyd dan The Beatles – The Beatles (White Album), yang disahkan dengan dua kali ganda bilangan salinan yang dijual di sana. Album sedemikian mempunyai pensijilan untuk bilangan salinan (bukan bilangan CD/vinyl) yang dihantar.

Sebaliknya, tahap pensijilan Amerika untuk album berganda yang sesuai dengan satu CD, seperti soundtrack Saturday Night Fever mencerminkan jumlah sebenar salinan yang dijual.

Pada tahun 2016, RIAA memasukkan penjualan streaming selain penjualan single dan album berdasarkan konsep unit yang setara dengan album untuk tujuan pensijilan. Oleh itu, pensijilan tidak lagi mencerminkan penghantaran sahaja. Sebagai contoh, dalam kemas kini pensijilan untuk Greatest Hits (1971-1975) – Eagles pada bulan Ogos 2018, album ini telah mendapat 38 x Platinum (meningkat dari 29x Platinum sebelumnya pada tahun 2006) berdasarkan kriteria terbaru, menjadikannya album dengan pensijilan dan diperakui tertinggi di Amerika.

Thriller – Michael Jackson, yang dianggarkan telah terjual 66 juta salinan di seluruh dunia, dan sebuah album terlaris di dunia. Walaupun anggaran jualan Thriller mencapai 120 juta salinan, angka jualan ini tidak boleh dipercayai. Kerana tak semua telah diperakui oleh persatuan industri muzik tempatan. Michael Jackson mempunyai jumlah album paling banyak dalam senarai ini dengan lima album, Celine Dion empat album, manakala Whitney Houston, The Beatles dan Madonna masing-masing mempunyai tiga album.

Berikut adalah senarai album muzik terlaris di dunia, yang telah didaftarkan, dituntut (claimed) dan diperakui (certified) oleh persatuan industri muzik tempatan/antarabangsa.

1. Michael Jackson – Thriller (66 juta salinan)

2. AC/DC – Back In Black (50 juta salinan)

3. Meat Loaf – Bat Out of Hell (50 juta salinan)

4. Pink Floyd – The Dark Side of the Moon (45 juta salinan)

5. Michael Jackson – Bad (45 juta salinan)

6. Whitney Houston/Pelbagai Artis – The Bodyguard Soundtrack (45 juta salinan)

7. Eagles – Their Greatest Hits (1971-1975) (42 juta salinan)

8. Bee Gees/Pelbagai Artis – Saturday Night Fever (40 juta salinan)

9. Fleetwood Mac – Rumours (40 juta salinan)

10. Shania Twain – Come On Over (40 juta salinan)

11. Pelbagai Artis – Grease (38 juta salinan)

12. Led Zeppelin – Led Zeppelin IV (37 juta salinan)

13. Alanis Morissette – Jagged Little Pill (33 juta salinan)

14. Celine Dion – Falling Into You (32 juta salinan)

15. Eagles – Hotel California (32 juta salinan)

16. The Beatles – Sgt. Peppers Lonely Heart’s Club Band (32 juta salinan)

17. Pelbagai Artis – Dirty Dancing (32 juta salinan)

18. Michael Jackson – Dangerous (32 juta salinan)

19. Adele – 21 (31 juta salinan)

20. Celine Dion – Let’s Talk About Love (31 juta salinan)

21. The Beatles – 1 (31 juta salinan)

22. Metallica – Metallica (Black Album) (31 juta salinan)

23. Madonna – The Immaculate Collection (30 juta salinan)

24. The Beatles Abbey Road (30 juta salinan)

25. Bruce Springsteen – Born In the USA (30 juta salinan)

26. Dire Straits – Brothers In Arms (30 juta salinan)

27. James Horner – Titanic (Soundtrack) (30 juta salinan)

28. ABBA – Gold: Greatest Hits (30 juta salinan)

29. Nirvana – Nevermind (30 juta salinan)

30. Pink Floyd – The Wall (30 juta salinan)

31. Santana – Supernatural (30 juta salinan)

32. Guns N’ Roses – Appetite For Destruction (30 juta salinan)

33. Bon Jovi – Slippery When Wet (28 juta salinan)

34. Mariah Carey – Music Box (28 juta salinan)

35. Eminem – The Eminem Show (27 juta salinan)

36. Linkin Park – Hybrid Theory (27 juta salinan)

37. Norah Jones – Come Away With Me (27 juta salinan)

38. Eric Clapton – Unplugged (26 juta salinan)

39. Bob Marley & The Wailers – Legend: The Best of (25 juta salinan)

40. Carole King – Tapestry (25 juta salinan)

41. Phil Collins – No Jacket Required (25 juta salinan)

42. Queen – Greatest Hits (25 juta salinan)

43. Simon & Grafunkel – Bridge Over: Troubled Water (25 juta salinan)

44. U2 – The Joshua Tree (25 juta salinan)

45. Prince and the Revelation – Purple Rain (25 juta salinan)

46. Britney Spears – …Baby One More Time (25 juta salinan)

47. George Michael – Faith (25 juta salinan)

48. Elton John – Greatest Hits (24 juta salinan)

49. Backsteet Boys – Backsteet’s Back/Backsteet Boys (24 juta salinan)

50. Backsteet Boys – Millennium (24 juta salinan)

Untuk senarai penuh boleh rujuk di:

https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_best-selling_albums

Berapa album ada dalam simpanan korang dari senarai ni?

#AzamGilmour

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati