Genre Crossover bukanlah sesuatu yang baharu dalam perkembangan muzik dunia dan kita boleh lihat banyak kugiran melakukan formula ini. Tidak melepaskan peluang, kugiran rock yang diberi nama Serak Serak telah melancarkan single terbaharu mereka di YouTube iaitu Rosak Satu Kemenangan selepas sekian lama menyepi.
Berasal dari Kuala Lumpur, Serak Serak dianggotai oleh empat anak muda yang berjiwa besar dalam industri muzik tanah air iaitu Safwan sebagai vokal utama, Firdaus Kong sebagai pemain gitar irama dan vokal, Luqman Mhd Noor sebagai pemain gitar utama dan vokal, Syafiq sebagai pemain bass dan Azim sebagai pemain dram. Kugiran yang wujud sejak 2016 ini menjadikan Slipknot, SiM, Rottengraffty, Search, Comeback Kid dan Cromok sebagai paksi muzik mereka.
Kami muncul balik sebab sekarang kami rasa masa yang sesuai nak start balik dari segi financial and kita pun dah habis fasa pandemic. Gig dah start banyak macam dulu and scene underground lagi happening berbanding sebelum pandemic.
Bagi aku pandemic tu lahirkan banyak lagi bakat-bakat orang Malaysia ni. Masa tu semua org duduk rumah & takde benda nak buat. So ada yg start to explore dalam dunia muzik, start buat cover then rasa nak teruskan dengan dunia muzik ni. Lepas pandemic ni pun gig banyak dah sebab org lama sangat terperuk kat rumah, sekarang semua lebih appreciate gig.
Untuk single ini, penulis tidak menjangka bahawa mereka akan menggabungkan pelbagai genre seperti Metal, Ska Punk dan Rock. Walaupun kedengaran sama seperti Progresif iaitu single sebelum ini namun penulis boleh lihat kugiran ini telah keluar dari zon selesa mereka sebagai sebuah unit.
Idea lagu ni aku banyak dapat daripada music eksperimen Jepun macam rottengraffty, SiM dan lain-lain. then idea tu aku distribute ke dalam lagu dan telah memberi makna yang besar.
Rosak Satu Kemenangan menceritakan tentang pengkhianatan. Tidak khusus kepada sesiapa namun disampaikan secara umum. Dan mereka ingin menceritakan tentang peritnya khianat yang mampu mengubah kehidupan sesiapa sahaja. Penulis dapat merasakan kehangatan lagu ini menerusi susunan dram yang mantap serta riff gitar yang bagus. Penulis juga meminati kehadiran synth dimana elemen ini telah memberi cukup sifat terhadap ‘Rosak Satu Kemenangan’
Dengan lirik yang straight forward dan susunan lagu yang unik ditambah pula dengan banyak elemen lain yang disuntik sekali, penulis percaya single ini akan pergi lebih jauh bukan sahaja dalam negara malah luar negara. Bukan itu sahaja, MV animasi yang dipersembahkan juga sesuatu yang unik dan jarang kita dapat lihat kugiran buat muzik video sebegini.
Rosak Satu Kemenangan merupakan single yang bagus namun ada beberapa bahagian dalam lagu ini penulis mendapati ada kekurangan di mana penulis merasakan mereka terkejar-kejar dan vokal pula nampak ada yang tidak selari dengan lagu. Namun tidak mengapa kerana irama amarah dalam single ini telah menghilangkan rasa itu. Untuk kualiti pula, penulis berpendapat bahawa kualiti lagu ini sudah mencukupi namun alangkah baiknya jika ditambah sedikit dengan kehadiran post-fx agar trek ini lebih garang.
Penulis juga sempat bertanya tentang perancangan Serak Serak pada 2023 dan ini merupakan jawapan mereka:
Dalam masa terdekat, inshaaAllah kami tengah push untuk release EP kami dan nak tengok macam mana sambutan orang ramai. Harapnya semua baik sahaja. Lagipun kami tak sabar nak perform atas stage and have some fun with the crowd.
Tahniah buat Serak Serak atas pelancaran single ini. Semoga kalian terus maju dalam industri muzik Malaysia dan jangan menyerah kalah.
Ikuti Serak Serak di: