‘Permulaan’ – Kisah Suka Duka Mascot

oleh Aniq Ammar Ekhwan
1.3K bacaan

Mascot. Comel kan nama tu? Ya, pada kali ini penulis ingin menerokai album pertama mereka iaitu Permulaan yang telah diluncur pada 10 Jun 2022. Sebelum ini, Mascot telah dua kali diketengahkan di Music Addicts Malaysia menerusi artikel Midwest Emo Yang Bikin Ketagih; Mascot Luncur EP ‘Penutup’ dan 5 Lagu Mascot Pilihan MAMY. Kali ini, penulis terpanggil pula untuk meneroka dan memberikan pendapat untuk album perdana mereka.

Mascot merupakan sebuah unit yang ditubuhkan pada tahun 2017 berpaksikan Midwest Emo. Berasal dari Kuala Lumpur, kugiran ini asalnya bergerak secara kendiri (one-man band) iaitu Aiman Zamir sebagai vokalis dan tulang belakang menerusi EP pertama mereka iaitu Penutup, namun kini Mascot telah disertai oleh Zi (Gitar), Izz (Bass) dan Eli (Dram). Sejak Permulaan dikenali ramai, mereka telah menyertai beberapa siri gig di serata Kuala Lumpur/Selangor dan telah mendapat tempat di stesen radio Rakita. Walaupun penulis belum sempat menonton persembahan langsung mereka, namun berdasarkan tontonan di YouTube, penulis dapat rasakan mereka ini cukup hebat dengan gaya yang tersendiri.

Untuk album Permulaan, penulis telah mendapatkan Mascot untuk sesi temubual tentang cerita kelahiran mahakarya ini:

So, after EP Penutup came out and we formed the band, I was like “Guys, I don’t think we have enough songs untuk main live”, and at that point nak isi setlist dengan covers pun rasa rugi sebab kitorang pun dah puas main cover as individuals before Mascot. I looked at the guys and said “I know this is crazy… but let’s make an entire album”.

 

We were all so terrified and excited at the same time it was amazing. Yang buat lagi gaban is that we had only 1 month to write, record, mix/master and everything is DIY. Honestly, DIY made it easier. Sebab record dekat home studio, boleh take time, work on ideas. The only issue was time lah. Pecah kepala mat nak mix and master 10 songs in like 2 weeks before release.

 

Bila release, we were so happy the album turned out quite well and sambutan pun alhamdulilah postive. It was the craziest ride we’ve been on creatively. Yang kelakarnya, semua masih trauma dengan level grind period tu hahaha. Nope, never writing an album in a month again!

Cukup sudah pengenalan mereka, penulis ingin berkongsi hasil bedah siasat dari album mereka.

Pulih

Permulaan trek yang mantap. Jika diamati secara mendalam, penulis merasakan mereka ingin memujuk setiap hati yang terluka dek kerana kehidupan yang semakin mencabar. Susunan lagu yang tidak terlalu overpowering, riff gitar yang solid membuatkan penulis ingin menari ketika gitaris mereka memainkan bahagian tapping.

Faham

Trek sing along, itu pendapat penulis setelah mendengar. Mereka seolah membawa dinamik dari trek Pulih dan ternyata formula mereka menjadi. Jika ditanya apakah mereka membawakan riff gitar yang sama pada setiap lagu? Jawapannya adalah tidak kerana penulis boleh lihat mereka lari dari zon selesa dan terus rancak dalam susunan lagu ini. Penulis sempat bertanya tentang usaha mereka untuk terus relevan di persada muzik dan ini merupakan jawapan Mascot:

As a band, we kept on experimenting, writing, making ideas, and deliver our best on the stage. As we struggle while having too many ideas to write, we try to make each song has it own story without sounding similar to one another, we kept on coming with releasing song one after another to make our listener “not bored” with just sticking to one genre and a lot of materials to listen to. But as the music industry is constantly changing, we also try to make our music still relevant to be listened to.

Soal

Riff gitar yang laju di awal lagu. Dari Midwest Emo terus bertukar kepada irama amarah. Kali pertama mendengarnya penulis berasa “Okay this is different”. Penulis menyukai cara Aiman melontarkan vokal seperti meluahkan perasaan terhadap apa yang jadi. Penulis sempat membayangkan sebuah circle pit jika lagu ini dimainkan di atas pentas.

Sayang

“Sayang how are you?” Fuh ikonik sungguh lirik ini. Walaupun trek ini dimainkan secara akustik, mereka juga ada melancarkan Sayang versi pop punk. Sejujurnya penulis menyukai versi pop punk kerana tampak lebih Mascot namun untuk album ini, Sayang telah menepati citarasa penulis kerana membawa mood soothing dalam perjalanan album ini. Liriknya yang bersahaja membuatkan penulis teringat kepada beberapa vokalis pop punk di dunia.

Gerhana

Untuk trek ini, Zi mengambil tempat sebagai vokalis. Syahdu betul vokal Zi ni sebenarnya dan penulis menyukai melodi yang disampaikan. Walaupun tampak simple tapi trek sebenarnya menarik perhatian juga. Kuat betul Midwest Emo dalam trek ini ditambah pula dengan teknik permainan gitar yang menarik seolah setiap ahli dalam kugiran ini bersatu menjadi sebuah entiti yang dipanggil Gerhana.

Menangis

Betul menangis bila dengar trek ini. Penulis sememangnya menggemari trek ini kerana simple, elegan dan pop! Bukan itu sahaja, solo gitar dalam trek ini membayangkan diri ini sedang menunggang kuda (yeehaw). Masih Zi sebagai vokal untuk trek ini, penulis merasakan Zi ada potensi besar untuk berganding bahu Bersama Aiman di trek yang akan datang. Dan penulis tabik hormat kepada mereka kerana trek ini menggunakan POV sebagai seekor kucing sememangnya idea yang unik.

Teruskan

Trek terakhir ini tampak mereka ingin mengucapkan selamat tinggal dan memulakan lembaran baru. Penulis sempat menari kegirangan ketika trek ini dimainkan dan melaungkan ‘Apa saja yang mampu ku buat?’ Pengakhiran yang baik dan solid dari mereka.

Buat yang tidak tahu, selepas melancarkan album, mereka sempat mengeluarkan single yang bertajuk Bicara dan ternyata mereka tidak pernah berhenti untuk membuat sesuatu yang baharu. Single tersebut membuatkan penulis sebak dengan cara mereka menyampaikan lagu bukan sahaja pada melodi malah pada susunan lagu yang sangat menyentuh hati. Namun penulis tertanya, apakah yang mereka ingin capai di masa hadapan? Ini merupakan jawapan Aiman:

As a collective of pengkarya, we just naturally write music anyway. I mean, take Eli as an example, he is an ALI winning composer with numerous projects under his belt, including his own production at Setudio. Zi and myself just like writing songs, I mean we do it because it’s our emotional outlet. Mascot has essentially become our platform untuk share our emotions melalui lagu.

 

In terms of the future, we aim to leave a legacy behind. We want the songs, the community of supporters, and the Mascot experience itself to grow above and beyond. That’s also the reason why we work really hard. For all of us, even where we are now is already a dream come true.

Kesimpulannya, Permulaan merupakan cerita suka dan duka yang harus diingati oleh setiap insan dalam dunia ini. Penulis sejujurnya dapat melihat keikhlasan mereka dalam bermuzik dan tidak harus terhenti di sini. Buat para penganjur festival, konsert dan gig, kalian harus tidak melepaskan peluang untuk menjemput mereka membuat persembahan dan percaya cakap penulis yang kalian tidak akan menyesal. Dan mereka juga berkongsi tentang perancangan masa depan Mascot:

As a live band, kami mahu explore dengan lebih meluas dalam bidang music ini. Kami nak cuba bermain di venue yang kami tidak pernah pergi sebelum ini. Untuk kenal lebih banyak orang dan sebarkan music kami. Inshaallah dalam tahun ini kami akan organise tour kami dekat seluruh semenanjung. Tour ini jugak akan ada kelainan dengan tour tour yang lain. Kalau korang nak tahu, stay tune dengan update daripada kami.

Ikuti perkembangan Mascot di:

Instagram

Youtube

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅