Pada 10 Disember yang lalu, kugiran rock alternatif dari Kuala Lumpur, Sunday telah melancarkan video muzik (MV) rasmi single pertama mereka, Senyum Yang Takkan Kembali di YouTube. Lagu yang berjangka masa 4 minit 23 saat ini diambil daripada demo mereka sebelumnya.
Sunday mula mengangkat nama mereka melalui sebuah trek demo, Koyak Payungmu yang dimuatnaik di saluran YouTube mereka ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu. Senyum Yang Takkan Kembali mengisahkan tentang seseorang yang masih merindukan cinta hati yang baru sahaja meninggalkannya.
Setelah lebih kurang enam minggu Sunday mengumpan pendengar untuk lagu terbaru ini, mereka mengumumkan sebuah gig Secret Show pada 6 Disember lalu yang bertempat di Sarang Suara Studio. Gig dijalankan secara free entry dengan kemasukan terhad seramai 10 orang sahaja. Turut mengiringi adalah Nyctophilia, yang menjadikan temasya ini sebagai debut persembahan mereka secara bersemuka dengan peminat.
Dengarkan single Senyum Yang Takkan Kembali di saluran YouTube White Room Music sekarang. Ikuti laman Instagram serta Twitter rasmi mereka untuk informasi dan kemaskini terbaru tentang rilisan muzik mereka yang akan datang tak lama lagi.
Ikuti Sunday di laman;